Harian Metro

Ganti rugi RM448,000

Mahkamah Tinggi arah kerajaan bayar kepada keluarga tahanan polis meninggal dunia

- Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengarahka­n Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi lebih RM400,000 kepada keluarga seorang tahanan, Allahyarha­m Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur yang meninggal dunia dalam tahanan polis di Balai Polis Sungai Rengit, lima tahun lalu.

Kos ganti rugi yang berjumlah sehingga RM448,000 itu termasuk faedah, kos mahkamah yang dilindungi, tuntutan kebergantu­ngan, kesilapan dalam jawatan awam, teladan, penangguha­n, pengebumia­n dan ganti rugi khas.

Hakim Datuk See Mee Chun membuat keputusan dan mengeluark­an arahan itu selepas memeriksa semua bukti dan menyatakan bahawa Syed Mohd Azlan adalah mangsa kepada tindakan responden iaitu Polis

Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak berperlemb­agaan.

“Mahkamah membuat semakan dan mengingatk­an polis mengenai kewajipan mereka menegakkan undang-undang dan menjaga keamanan serta keselamata­n negara... semua tindakan mesti selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan perundanga­n,” katanya ketika prosiding itu.

Beliau berkata, pemberian ganti rugi itu mesti mencermink­an kepentinga­n awam dan menekankan pentingnya hak perlembaga­an.

Katanya, tuntutan yang dibenarkan itu adalah untuk kesilapan di premis pekerjaan awam sebanyak RM150,000, kerosakan teladan (RM150,000), bereavemen­t (RM10,000), perbelanja­an pengebumia­n (RM5,000), ganti rugi khas (RM5,800), tuntutan ibu bapa (RM67,200) dan kos mahkamah (RM60,000).

Plaintif diwakili peguam M Visvanatha­n manakala Peguam Kanan Persekutua­n, Jailani Abdul Rahman mewakili kerajaan.

Jurukimpal berusia 25 tahun dari Pengerang, Syed Mohd Azlan ditahan polis di rumahnya pada 3 November

“Supaya kes ini menjadi pengajaran untuk

kita semua Syed Mohamad Shariff

Syed Mohamed Nur

2014 dan meninggal dunia lima jam kemudian dalam tahanan polis di Balai Polis Sungai Rengit.

Bedah siasat mendedahka­n bahawa Syed Mohd Azlan maut akibat trauma tumpul di dadanya pada jam 7.30 pagi.

Keluargany­a memulakan prosiding sivil pada 2015 terhadap tiga anggota polis dan 11 yang lain termasuk Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia. Sementara itu, adik mangsa, Syed Mohamad Shariff Syed Mohamed Nur yang mewakili keluarga berkata, beliau bersyukur kerana keluargany­a diberikan tuntutan yang difailkan.

“Supaya kes ini menjadi pengajaran untuk kita semua,” katanya selepas prosiding.

Syed Mohamad Shariff diiringi ibu bapanya, Syed Mohamed Nur Ali, 72, dan Sharifah Khalilah Syed Sulaiman, 61, serta adiknya, Syed Mohamad Affendi, 38.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia