Harian Metro

Lubuk tiruan digempur

KPDNHEP Putrajaya serbu kilang proses kasut tiruan berjenama bernilai RM1.3 juta

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Premis memproses kasut dan selipar disyaki tiruan pelbagai jenama di Kawasan Perindustr­ian Menglembu dan Kawasan Perindustr­ian Chandan Raya, di sini, diserbu penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, kelmarin.

Hasil serbuan berasingan bermula jam 11.30 pagi di dua premis berkenaan, penguat kuasa KPDNHEP merampas 27,103 kasut dan selipar disyaki tiruan pelbagai jenama dianggarka­n bernilai RM1.3 juta.

Ketua Seksyen Siasatan KPDNHEP Putrajaya, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dijalankan susulan risikan dijalankan pihaknya di kedua-dua lokasi selama dua minggu.

“Premis terbabit dijadikan tempat mengilang dan penyimpana­n pelbagai jenis selipar serta kasut berjenama yang disyaki tiruan.

“Kami turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dipercayai pemilik premis ketika serbuan pertama untuk siasatan lanjut,” katanya.

Shamsul

Nizam berkata, hasil siasatan awal produk disyaki tiruan itu dipercayai untuk pasaran di negeri di utara Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, premis berkenaan dipercayai sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan pihaknya sedang menjalanka­n siasatan sama ada aktiviti itu dijalankan individu atau sindiket.

Menurutnya, barangan berkenaan disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan diletakkan perihal dagangan palsu dan bagi perbadanan tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan.

Kasut dan selipar

keluaran kilang terbabit dipercayai bagi pasaran utara tanah air

 ??  ?? ANGGOTA KPDNHEP memeriksa premis kasut dan selipar tiruan yang diserbu.
ANGGOTA KPDNHEP memeriksa premis kasut dan selipar tiruan yang diserbu.
 ??  ?? PREMIS memproses kasut dan selipar tiruan pelbagai jenama di Kawasan Perindustr­ian Mengelembu dan Kawasan Perindustr­ian Chandan Raya diserbu KPDNHEP Putrajaya.
PREMIS memproses kasut dan selipar tiruan pelbagai jenama di Kawasan Perindustr­ian Mengelembu dan Kawasan Perindustr­ian Chandan Raya diserbu KPDNHEP Putrajaya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia