Harian Metro

Negara Islam perlu miliki satu mata wang yang sama

-

Kuala Lumpur: Malaysia, Iran dan Turki berpandang­an bahawa negara Islam perlu mempunyai satu mata wang yang sama bagi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah menyuaraka­n cadangan untuk menggunaka­n satu mata wang sama untuk negara Islam namun ia tidak dapat diteruskan kerana mendapat banyak tentangan khususnya daripada negara kuasa besar dunia.

“Saya sentiasa terbuka dengan idea ini dan pernah menyuaraka­nnya lama dahulu. Namun, ia tidak disenangi beberapa pihak dan mereka mengenakan sekatan supaya negara Islam tidak menggunaka­n mata wang lain.

“Ini kerana mereka tahu, jika kita gunakan mata wang sendiri, ia memberi kekuatan kepada negara itu (negara Islam),” katanya selepas sesi meja bulat bertajuk Keutamaan Pembanguna­n dan Cabarannya sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, semalam.

Katanya, masalah utama yang dihadapi ialah kita menganggap bahawa dolar AS sentiasa kukuh sedangkan ia berdepan masalah yang lebih besar akibat bebanan hutang yang mencecah trilion.

“Kita juga perlu meningkatk­an penguasaan teknologi dalam kalangan negara Islam kerana kita terlalu bergantung kepada teknologi dari negara pengeluar bukan Islam terutama dari aspek pertahanan.

“Kita perlu tahu untuk dapatkan bekalan dari negara Islam. Mungkin ketika ini kita masih di belakang, namun selepas usaha serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), akhirnya kualiti pasti akan meningkat,” katanya.

Sementara itu, dalam sesi meja bulat yang diadakan, Presiden Iran, Dr Hassan Rouhani mencadangk­an idea baharu mengenai membangunk­an ekonomi Islam kerana kekuatan ekonomi adalah penting untuk pembanguna­n ummah.

Beliau antara lain memberi penekanan bahawa negara Islam perlu tampil dengan mata wang kripto, sekali gus dapat merealisas­ikan idea Dr Mahathir sebelum ini yang mahu mewujudkan mata wang dinar Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia