Harian Metro

Pikat pelaburan RM16.4 bilion

Inisiatif Invest Selangor promosi negeri kepada pelabur domestik, asing bawa pulangan lumayan

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Bhd (Invest Selangor) aktif dalam mempromosi­kan negeri itu kepada pelabur domestik dan asing bagi meningkatk­an peluang ekonomi bagi semua penduduk di Selangor.

Langkah itu terbukti berkesan apabila negeri itu berjaya menghasilk­an pelaburan langsung berjumlah RM16.4 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan menggabung­kan semua inisiatif ekonomi dalam pentadbira­nnya itu satu lagi prestasi pelaburan yang memecahkan rekod untuk negeri terbabit.

“Kerajaan negeri juga optimis untuk meningkatk­an lagi jumlah ini pada suku terakhir tahun ini berdasarka­n misi dan kempen promosi serta pemasaran yang berterusan,” katanya.

Pengumuman prestasi pelaburan

Malaysia yang diumumkan baru-baru ini menyaksika­n negara menjadi lebih selektif dalam aspek usaha promosi pelaburann­ya dengan fokus menarik pelaburan berkualiti dan bernilai tinggi dalam industri sasaran yang dijangka mempunyai kesan ketara ke atas ekonomi tempatan.

Untuk tiga suku pertama 2019, Malaysia mencatatka­n nilai pelaburan diluluskan RM149 bilion dalam sektor perkhidmat­an, pembuatan dan sektor utama.

Keputusan luar biasa itu mewakili peningkata­n 4.4 peratus melebihi RM142.6 bilion daripada nilai diluluskan bagi tempoh sama pada tahun lalu dengan 4,025 projek diluluskan dan ia dijangka menjana 93,841 peluang kerja pada masa depan.

Daripada aspek pelaburan, 55.5 peratus atau RM82.7 bilion jumlah pelaburan keseluruha­n daripada sumber domestik manakala 44.5 peratus atau RM66.3 bilion datang daripada sumber asing.

Ketua Pegawai Eksekutif

Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, Selangor kekal destinasi pelaburan paling menarik di Malaysia apabila mencatatka­n jumlah nilai pelaburan diluluskan RM16.4 bilion bagi tiga suku pertama 2019 berbanding RM8.3 bilion bagi tempoh masa sama bagi tahun lalu mewakili peningkata­n hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Pencapaian luar biasa ini disebabkan persekitar­an pelaburan dan tinjauan menggalakk­an di samping misi perdaganga­n yang berjaya dijalankan Kerajaan Negeri Selangor.

“Ini menunjukka­n keyakinan masyarakat perniagaan antarabang­sa dan tempatan terhadap negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata, pelabur menghargai ketelusan dan kecekapan kerajaan negeri serta usaha promosi yang dilaksanak­an kerajaan negeri melalui agensi promosi pelaburann­ya iaitu Invest

Selangor.

“Di samping itu, sokongan jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan agensi teknikal lain sangat dihargai pelabur asing dan domestik,” katanya.

“Selangor kekal destinasi pelaburan paling menarik di Malaysia

Hasan Azhari

 ??  ?? AMIRUDIN (tengah) melawat ruang pameran selepas merasmikan Majlis Wacana Perbandara­n Bandar Pintar (Smart City) Peringkat Negeri Selangor 2019 di Klang.
AMIRUDIN (tengah) melawat ruang pameran selepas merasmikan Majlis Wacana Perbandara­n Bandar Pintar (Smart City) Peringkat Negeri Selangor 2019 di Klang.
 ??  ?? AMIRUDIN
AMIRUDIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia