Harian Metro

Anak luar nikah helmet biru

Wanita Haiti semuda 11 tahun jadi hamba seks anggota pengaman PBB

-

Kaji selidik mendapati ratusan anak luar nikah lahir hasil hubungan anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan wanita Haiti sebelum wanita terbabit ditinggalk­an meneruskan hidup dalam kemiskinan.

Anak terbabit digelar ‘Petit MINUSTAH’ iaitu gabungan perkataan ‘kecil’ dalam bahasa Perancis dengan singkatan nama pasukan pengaman PBB atau ‘bayi helmet biru’ sempena topi pasukan pengaman PBB yang berwarna biru.

Profesor Sabine Lee dari Universiti Birmingham yang mengetuai pasukan kaji selidik menemu ramah lebih 2,500 orang yang tinggal berdekatan pangkalan PBB di Haiti selama tiga bulan pada 2017.

Kaji selidik itu mendapati wanita semuda 11 tahun menjadi pasangan seks anggota pengaman PBB yang kemudian hamil.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik The Times, wanita terbabit ‘memperdaga­ngkan’ diri dan bersetuju menjalin hubungan seks itu untuk mendapat imbuhan, sama ada sejumlah kecil atau dan makanan demi kelangsung­an hidup.

Wanita terbabit kemudian ditinggalk­an dalam keadaan hamil dan melahirkan anak menempuh kemiskinan hidup.

Tentera dari 12 negara, termasuk Uruguay, Chile, Argentina, Kanada dan Perancis antara yang menjadi ‘bapa’ kanak-kanak terbabit.

Misi PBB di Haiti adalah yang paling lama, antara 2004 dan 2017 bermula dengan ketidaksta­bilan politik Haiti dan jenayah sebelum disambung akibat wabak penyakit, termasuk taun yang mengorbank­an 10,000 nyawa dan gempa bumi serta taufan selepas itu.

Hasil kaji selidik Lee bersama Susan Bartels dari

Universiti Queen itu disiarkan dalam The Conversati­on.

MINUSTAH sebelum ini diselubung­i kontrovers­i apabila 134 tentera pengaman Sri Lanka dihantar pulang kerana menjadikan sembilan kanak-kanak perempuan Haiti sebagai hamba seks pada 2004 hingga 2007.

Jun lalu, agensi kebajikan Oxfam, kehilangan ribuan penyumbang selepas siasatan mendapati kakitangan­nya terbabit membayar wanita Haiti untuk seks pada 2010.

 ??  ??
 ??  ?? TENTERA pengaman PBB di Port-au-Prince, Haiti, pada 2010.
TENTERA pengaman PBB di Port-au-Prince, Haiti, pada 2010.
 ??  ?? WANITA Haiti berjalan di laluan yang dilanda banjir akibat Taufan Matthew pada 2016. - Hiasan
WANITA Haiti berjalan di laluan yang dilanda banjir akibat Taufan Matthew pada 2016. - Hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia