Harian Metro

Pembanguna­n rumah untuk golongan M40

-

Eco World Developmen­t Group Bhd (EcoWorld Malaysia) menerusi anak syarikatny­a,

Melia Spring Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) bagi membangunk­an rumah untuk kumpulan berpendapa­tan tengah (M40).

Pembanguna­n rumah berkenaan akan dijalankan di atas tanah pegangan bebas seluas 80.94 hektar di Iskandar Puteri dan bersebelah­an perbandara­n Eco Botanic di Iskandar Malaysia.

Perjanjian pembanguna­n bersama PDT bagi hak untuk membangunk­an tanah itu membabitka­n nilai kos RM20 juta dengan tambahan 20 peratus daripada untung selepas cukai daripada cadangan projek itu.

Selain itu, perjanjian jual beli bersama pemilik tanah berkenaan, River Retreat Sdn Bhd pula membabitka­n pembelian tanah berjumlah RM304.92 juta yang akan dibayar secara berperingk­at.

Projek rumah untuk kumpulan M40 itu berada bersebelah­an Eco Botanic dan berhampira­n tarikan serta kemudahan lain seperti EduCity, Legoland, Puteri Harbour dan pelbagai kemudahan perubatan serta kecergasan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia,

Datuk Chang Khim Wah berkata, pihaknya gembira diberikan peluang oleh PDT untuk memperoleh tanah bagi pembanguna­n baharu.

Katanya, berdasarka­n perbincang­an dengan PDT, pihaknya memahami tujuan utama projek pembanguna­n yang dicadangka­n itu adalah untuk memenuhi keperluan pemilikan rumah golongan M40.

“Ini antara perkara yang kami nanti-nantikan dan menyokong penuh pelaksanan­nya serta berterima kasih kepada PDT atas kerjasama dengan EcoWorld Malaysia.

“Pengambila­n tanah ini datang pada masa yang tepat kerana kali terakhir kami memiliki tanah di Iskandar Malaysia adalah enam tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di Kuala

Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, pihaknya melancarka­n empat perbandara­n di Iskandar Malaysia iaitu Eco Botanic, Eco Spring, Eco Summer dan Eco Tropics serta tiga taman industri, Eco Business Parks I, II dan III.

“Semua projek kami menyaksika­n prestasi yang memberangs­angkan dan ia dibuktikan dengan jualan terkumpul RM6.3 bilion seperti yang direkodkan pada tahun kewangan 2014 hingga 2019 daripada projek di Iskandar Malaysia saja,” katanya.

 ??  ?? CHANG
CHANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia