Harian Metro

TURUNKAN HAD KAD KREDIT

RUMAH PERTAMAKU

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Ramai yang menyaranka­n membeli kediaman ketika usia masih muda.

Namun, tidak semua mengambil saranan itu memandangk­an mereka lebih mudah membuat pilihan membeli kenderaan berbanding rumah.

Malah,ramaiyang beranggapa­n membeli rumah pada usia muda adalah mustahil kerana banyak komitmen perlu ditanggung di samping gaji yang tidak besar.

Bagaimanap­un, berlainan dengan Fathin Amalina Ishak, 33, kerana dia membuat keputusan mencuba nasib melalui skim rumah pertama di bawah kendalian Kerajaan Selangor iaitu Rumah Selangorku.

Kali pertama mendengar mengenai Rumah Selangorku pada 2014 iaitu ketika berumur 28 tahun, Fathin tidak membuang masa untuk memohon.

“Pada waktu itu, kecoh di pejabat saya mengenai skim Rumah Selangorku yang diselengga­rakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Tanpa membuang masa saya mencuba nasib untuk memohon dan alhamdulil­lah pada November 2014, saya ditawarkan sebuah rumah di Cyberjaya.

“Menariknya rumah yang bernilai RM250,000 itu turut dilengkapi sebahagian perabot kediaman oleh pemaju,” katanya.

Fathin berkata, malangnya rumah terbabit tidak dapat dimiliki kerana pada masa itu permohonan pinjamanny­a tidak diluluskan.

“Permohonan saya tidak berjaya kerana memiliki hutang kad kredit.

“Namun, saya tidak berputus asa mencuba nasib sekali lagi apabila saya membuat permohonan semula Rumah Selangorku,” katanya kepada P&P di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Belajar daripada kesilapan, Fatin mencari punca pinjamanny­a tidak diluluskan.

“Saya bertindak pantas dengan menghubung­i pihak bank untuk menurunkan had kad kredit saya daripada RM14,000 kepada RM6,000.

“Daripada situlah, saya belajar walaupun had kad kredit kita tinggi dan tidak mengunakan­nya ia masih dikira sebagai tanggungan.

“Disebabkan itu, permohonan saya sebelum ini tidak diluluskan,” katanya.

Selepas permohonan kedua Rumah Selangorku pada Disember 2014, akhirnya awal 2015

Fathin ditawarkan apartmen bernilai RM200,000 di Dengkil, Selangor.

“Sebenarnya, tidak mudah memiliki sebuah rumah kerana kita memerlukan wang untuk membuat tempahan rumah berkenaan dan pembeli juga perlu mengeluark­an deposit 10 peratus daripada nilai rumah terbabit.

“Disebabkan simpanan tidak banyak pada waktu itu, saya mengeluark­an wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) untuk membayar 10 peratus deposit berkenaan.

“Kali ini, saya bersyukur kerana pinjaman diluluskan dan lega kerana jika berputus asa sudah pasti tidak berjaya memiliki kediaman pada usia bawah 30 tahun.

“Kini saya dan keluarga (suami dan anak) sudah menetap di rumah yang dibeli ini lebih dua tahun,” katanya.

Fathin berpendapa­t, golongan muda sepatutnya tidak melepaskan peluang memiliki rumah ketika usia masih muda.

Baginya, usaha adalah tangga kejayaan dan jangan pernah berputus asa mencapai apa yang diinginkan.

 ??  ?? APARTMEN di Dengkil yang dibeli Fathin menerusi skim Rumah Selangorku.
APARTMEN di Dengkil yang dibeli Fathin menerusi skim Rumah Selangorku.
 ??  ?? FATHIN bersama anaknya di hadapan apartmen yang menempatka­n kediamanny­a.
FATHIN bersama anaknya di hadapan apartmen yang menempatka­n kediamanny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia