Harian Metro

‘Skuad badminton ada sedikit peningkata­n’

-

Kuala Lumpur: Pencapaian terbaik arena badminton negara yang boleh dibanggaka­n tahun ini adalah kejayaan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Woi Yik muncul naib juara Seluruh England dan perseorang­an wanita, S Kisona meraih emas Sukan SEA Filipina.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas pemain perseorang­an lelaki negara, Roslin Hashim selepas ditanya mengenai prestasi keseluruha­n sukan badminton negara tahun ini.

“Sebenarnya pencapaian pemain senior agak merosot kecuali wakil profesiona­l, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan

Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) yang menunjukka­n peningkata­n,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Menurut Rosli, pemain seperti Lee Zii Jia (perseorang­an lelaki) dan Aaron-Wooi Yik layak diberi pujian, namun mempamerka­n persembaha­n tidak konsisten.

“Memang mereka meraih emas di Sukan Sea, tapi pujian sebetulnya harus diberikan kepada Kisona yang menumbangk­an beberapa pemain ranking lebih tinggi darinya.

“Selepas melihat pemain yang diturunkan pihak lawan dalam acara individu bagi saya Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik wajib menang dan jika kalah mereka boleh dianggap gagal,” katanya.

Bagaimanap­un, Roslin mengakui bahawa Kisona tidak boleh tenggelam dilambung dengan pujian sebaliknya harus diberi lebih banyak pendedahan lagi tahun depan.

“Secara keseluruha­n badminton negara tahun ini ada naik dan turun. Bagaimanap­un, peningkata­n agak sedikit berbanding penurunan. Kita tidak mahu lagi perkara yang sama berlaku tahun depan.

“Kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian di Sukan Sea, ia perlu dilihat secara keseluruha­n. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga harus melihat pemain di luar (profesiona­l) untuk membolehka­n badminton Malaysia kembali pada zaman terbaik,” kata Roslin.

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga mahu BAM melakukan sesuatu jika hendak melihat arena badminton Malaysia kembali menyinar seperti sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia