Harian Metro

Farah, Choon How Olimpian terbaik

Ratu gimnastik, atlet wushu turut bawa pulang RM10,000

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abd Hadi dan atlet wusyu, Loh Choon How masing-masing dinobatkan penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2019 semalam.

Dalam Majlis Anugerah dan Makan Malam Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-26 itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaik­an hadiah wang tunai RM10,000 dan juga pingat Olimpian.

Farah Ann berjaya membuktika­n kehebatann­ya di Sukan Sea Filipina selepas meraih tiga emas dalam acara individu keseluruha­n, palang bertingkat dan senaman lantai.

Choon How pula berjaya mempamerka­n persembaha­n mantap selepas menjadi atlet pertama meraih emas di Filipina dalam acara Taijiquan, sebelum mengulangi pencapaian sama bagi disiplin Taijijian.

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, Sukan Sea adalah kayu pengukur kepada kedua-dua atlet berkenaan sehingga membolehka­n mereka menerima Anugerah Olimpian.

“MOM adalah badan yang menerajui pembabitan atlet di sukan temasya, majlis ahli lembaga eksekutif sebulat suara memilih mereka di atas pencapaian terbaik di

Sukan Sea baru-baru ini,” katanya.

Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaska­n walaupun ada atlet lain yang disenarai pendek, namun ia tidak mampu untuk menandingi pencapaian yang dicatatkan Farah Ann dan Choon How.

Farah Ann juga berada pada prestasi terbaik tahun ini apabila berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menduduki tempat ke-16 bagi acara akhir individu all-around di Kejohanan

Dunia di Stuttgart, Jerman Oktober lalu.

Yang di-Pertuan Agong turut menerima Anugerah Khas Diraja MOM 2019 di atas pembabitan dalam sukan seperti bola sepak, hoki dan polo.

Trofi berkenaan dibawa ke pentas utama oleh tiga atlet negara yang pernah beraksi di temasya Olimpik iaitu Cheah Soon Kit (badminton), Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Pandelela Rinong.

Sementara itu, Anugerah Wanita dan Sukan MOM pula diraih Toh Puan Zainon Hussein, manakala Trofi IOC pula menjadi milik Perbadanan Stadium Malaysia.

Almarhum Sultan Ahmad Shah (bola sepak), Datuk Sieh Kok Chi (Polo air & MOM), Datuk Roland Wong (badminton), Datuk Seri Panglima Abdul Manap Ibrahim (hoki) dan SA Azman (tenis) berada dalam senarai baru Dewan Kemasyuran MOM.

 ??  ?? FARAH raih tiga emas di Sukan Sea Filipina lalu.
FARAH raih tiga emas di Sukan Sea Filipina lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia