Harian Metro

‘Modal’ pancing pemain bintang

Lang Merah terima dana tambahan RM3j hadapi musim depan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n @hmetro.com.my Sports · Malaysia · Qatar · Kedah

Kedah bakal tampil lebih mantap dan konsisten apabila mendapat suntikan dana tambahan berjumlah kira-kira RM3 juta, sekali gus membolehka­n mereka membuat pembelian pemain berstatus bintang bagi menghadapi saingan

Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Skuad Helang Merah yang berazam mencipta kejayaan lebih gemilang pada musim 2019 antara pasukan terawal membuat pengumuman barisan pemain termasuk awang import, sekali gus menyebabka­n lawan mereka mula tidak senang duduk.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata, peningkata­n dana itu bukanlah tiket kepada pasukan untuk boros, namun perlu digunakan sebaik mungkin dalam menguatkan lagi barisan pemain termasuk melaksanak­an program pembanguna­n akar umbi secara konsisten.

Beliau berkata, beberapa kejayaan yang dicipta skuad kendalian Aidil Sharin Sahak musim ini berjaya menarik minat penaja untuk turut membantu memenuhi kantung KFA bagi memastikan matlamat musim

2020 dicapai.

“Pembelian beberapa pemain untuk musim depan dilakukan selepas melihat masalah melanda pasukan terutama membabitka­n isu kecederaan, sekali gus menyukarka­n jurulatih membariska­n kesebelasa­n utama yang mantap.

“Kami berbelanja mengikut peruntukan dana dan ia ada peningkata­n untuk musim depan menyebabka­n KFA mengambil beberapa pemain mengikut keperluan posisi,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, berhubung penajaan syarikat penerbanga­n Qatar, Asmirul Anuar berkata, perkara terbabit belum dibincangk­an lagi secara serius dan tiada kata putus mengenai penajaan terhadap pasukan Kedah.

“Sebenarnya perkara terbabit mula tular di laman sosial dan persatuan tidak pernah menyatakan perkara terbabit kerana ia hanyalah perancanga­n.

“Namun, jika benar syarikat terbabit mahu menaja ia adalah perkara positif terutama ketika Kedah berusaha memantapka­n lagi pasukan untuk musim depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia