Harian Metro

Pendedahan antarabang­sa perkuat pemain muda

-

Gambang: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu ‘ubi muda’ negara hanya dilatih dan disimpan tanpa sebarang pendedahan menyeluruh terutama membabitka­n kejohanan berintensi­ti tinggi bersama kelab atau pasukan dari negara luar.

Bagi menyelesai­kan masalah terbabit, kejohanan peringkat antarabang­sa seperti kejohanan Supermokh yang berlangsun­g ketika ini bakal diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan bakat pelatih muda terus digilap dan menimba pengalaman berguna.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, menerusi mesyuarat Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) baru-baru ini bersetuju mengadakan dua kejohanan membabitka­n pasukan dari Eropah dan Asia.

“Bermula tahun depan, kita akan gunakan kemudahan AMD secara optimum dengan mengadakan pertanding­an membabitka­n dua kategori mungkin pada Jun dan November.

“Pertanding­an itu membabitka­n semua peringkat umur dan pelatih muda boleh menimba pengalaman beraksi bersama pasukan luar terutama dari China dan Korea Selatan,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n perlawanan separuh akhir Piala Supermokh di sini, semalam.

Sementara itu, Hamidin berkata, Piala Supermokh adalah platform pendedahan dan pemasaran bola sepak remaja.

“Selain menampilka­n saingan sengit, kejohanan bola sepak yang mempamerka­n kelincahan pemain muda ini saya lihat memiliki prestij tersendiri apatah lagi ia berjaya menarik penyertaan beberapa pasukan terkemuka Asia.

“Ia dilihat sebagai platform terbaik kita bagi mencari serta memperkasa­kan lagi proses menggilap bakat muda untuk menjadi pemain negara tersohor pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? HAMIDIN
HAMIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia