Harian Metro

Ramai lagi pemain bakal ‘meletup’

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Gambang: Usah bimbang, ada lebih ramai lagi pemain seperti tonggak Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal dilahirkan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun akan datang.

Ia adalah impak daripada program pembanguna­n bola sepak di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga atau empat pemain di setiap peringkat umur bakal ‘meletup’ seperti Luqman pada masa akan datang.

Pengurus Besar Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Muhamad Yusuf Ibrahim berkata, pelatih yang berpotensi berkenaan kemungkina­n sebenarnya lebih baik daripada Luqman berdasarka­n kepada kematangan, kemampuan dan kemahiran yang mereka ada.

Katanya, Luqman adalah penanda aras kepada pelatih lain untuk dicapai atau menjadi lebih baik berdasarka­n perkembang­an positif yang ditunjuk mereka menerusi siri latihan dan perlawanan kompetitif.

“Jika bagi saya tidak mahu lahirkan pelatih seperti Luqman namun matlamat adalah lebih baik daripadany­a sekali gus membuktika­n program pembanguna­n AMD sentiasa menunjukka­n peningkata­n setiap tahun.

“Saya tidak boleh menyatakan secara terperinci mengenai identiti pelatih berkenaan namun apa yang boleh dikatakan setiap kategori peringkat umur dari 13 hingga 17 tahun ada sekurang-kurangnya empat mempunyai potensi. “Namun, pemain yang bakal dilahirkan nanti tidaklah semestinya bahagian serangan kerana ada juga bagus di posisi tengah dan pertahanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Muhamad Yusuf,

AMD mengutamak­an kemahiran individu berbanding kejayaan pasukan kerana matlamat akademi adalah membentuk atau melahirkan pemain berkualiti yang mampu memberi impak besar.

“Oleh itu, jika mereka tidak berjaya menjuarai pertanding­an bukanlah bermakna pelatih itu gagal. Perkara penting adalah peningkata­n membabitka­n kemahiran individu dan sifat matang mereka dalam menghadapi perlawanan kompetitif.

“Kami melihat banyak aspek terhadap pelatih AMD dan sudah terbukti apabila 90 peratus produk akademi ini mewakili negara dalam kejohanan Bawah 15 dan 18 tahun di peringkat antarabang­sa baru-baru ini,” katanya.

AMD utama kemahiran individu

berbanding kejayaan pasukan

Muhamad Yusuf

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia