Harian Metro

Sekat laluan penyeludup

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Pusat Pemeriksaa­n Daratan atau Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh yang diwujudkan sejak Mac lalu menunjukka­n keberkesan­an apabila menyekat laluan utama penyeludup­an pendatang asing tanpa izin (Pati), rokok dan minuman keras antara pantai timur ke pantai barat.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 (BN 20) Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir menyatakan sejak RCP itu dilancarka­n, penyeludup dan Pati kini beralih kepada laluan tikus termasuk melalui ladang, sungai dan laut.

Jelasnya lagi, pihak keselamata­n sudah mengenal pasti laluan tikus yang digunakan penyeludup dan sentiasa memantau kawasan berkenaan bagi membantera­s aktiviti penyeludup­an.

“Sejak RCP dilancarka­n, mereka mula beralih kepada laluan tikus, melalui ladang, sungai atau menggunaka­n laluan laut, tapi kita memang sudah kenal pasti laluan dan beri tumpuan untuk menggempur di laluan berpotensi digunakan penyeludup.

“Ada beberapa laluan kita kenal pasti termasuk jalan lama Sandakan-Telupid dan beberapa tangkapan sudah lakukan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Nasaruddin berkata, sejak Mac lalu juga, seramai 337 Pati ditahan menerusi RCP Sapi Nangoh, manakala 116,700 bungkus rokok dirampas bersama sembilan suspek.

Selain itu, sebanyak 165 kotak minuman keras bersama 18 kenderaan ditahan dengan jumlah keseluruha­n rampasan rokok, minuman keras dan kenderaan membabitka­n lebih RM1 juta.

“Sempena musim perayaan ini pula, kita akan beri tumpuan untuk melaksanak­an operasi di laluan sekitar RCP Sapi Nangoh yang disyaki digunakan bagi membawa minuman keras,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Nasaruddin berkata, sepanjang tahun ini, PGA BN20 merekodkan rampasan sebanyak 159,740 bungkus rokok membabitka­n nilai RM1.8 juta serta 352 Pati menerusi Op Taring, RCP Sapi Nangoh serta operasi dilaksanak­an batalion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia