Harian Metro

PANDAI ANAK AYAH

Pelajar tingkatan 3 syukur peroleh 10A

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

Kegigihan pelajar tingkatan tiga berjalan kaki meredah banjir sejauh 800 meter (m) untuk mengambil keputusan peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) berbaloi apabila dia mendapat keputusan cemerlang 10A.

Syarifah Suffiah Syed

Abu Bakar, 16, terpaksa mengharung­i banjir pagi semalam ditemani bapanya, Syed Abu Bakar Syed Daud, 60, sebelum menaiki kereta untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, Pasir Mas.

Dia mengakui tidak dapat tidur lena kerana bimbang tidak dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan memandangk­an air mula naik mendadak di kawasan rumahnya di Kampung Cabang Tiga, Bagus, di sini.

“Alhamdulil­lah, walaupun air naik di rumah separas satu meter saya masih dapat mengambil keputusan PT3 malah lebih menggembir­akan apabila ia cemerlang.

“Biarpun dalam kesejukan dan sedikit basah saya tetap bersemanga­t memakai pakaian seragam sekolah supaya dapat merasai suasana sebenar saat mengambil keputusan.

“Saya bersyukur dengan kejayaan ini serta bangga melihat kegembiraa­n ibu dan ayah yang teruja dengan hasil yang saya peroleh dalam PT3,” katanya ketika ditemui di Pekan Rantau Panjang, di sini.

Syarifah Suffiah yang juga anak keempat daripada enam adik-beradik berkata, dia hanya mendapat 4A dalam ujian percubaan PT3 dan tidak menyangka memperoleh semua A dalam ujian sebenar.

“Sekarang ini saya seolah-olah gembira dalam duka. Saya bersyukur dengan keputusan diperoleh, namun pada masa sama risau dengan keadaan banjir yang diramal lebih besar daripada gelombang pertama.

“Saya berharap dengan keputusan cemerlang ini akan terus memberi semangat kepada saya untuk belajar lebih baik bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seterusnya mencapai cita-cita sebagai arkitek,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia