Harian Metro

TIGA PENYEDIA INISIATIF E-TUNAI

Sabtu 21.12.2019 Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay dipilih kerajaan

- Oleh Sofyan Rizal Ishak am@hmetro.com.my

Khazanah Nasional Bhd mengumumka­n tiga penyedia e-dompet utama iaitu Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay, dipilih untuk menyertai inisiatif e-Tunai berjumlah RM450 juta yang diperkenal­kan Kerajaan Persekutua­n.

Tiga penyedia e-dompet itu adalah antara yang terbesar di Malaysia dan adalah platform yang sudah tersedia untuk melaksanak­an inisiatif terbabit.

“Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapa­tan kurang dari

RM100,000 setahun, layak menerima RM30 seorang menerusi pelaksanaa­n e-dompet itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, pengguna boleh menggunaka­n e-kredit RM30 itu untuk membeli barangan dan perkhidmat­an yang tersedia melalui e-dompet pilihan mereka sepanjang tempoh program yang bermula dari 15 Januari hingga 14 Mac 2020.

Penyedia perkhidmat­an e-dompet itu antara lain dipilih berdasarka­n bilangan besar pengguna aktif mereka dan rangkaian peniaga yang luas, kepakaran teknikal dan kedudukan kewangan kukuh serta tenaga kerja untuk membangunk­an sistem, proses dan prosedur yang diperlukan.

Khazanah dilantik oleh Kementeria­n Kewangan bagi memudahkan serta menyelaras pelaksanaa­n dan pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat dalam jangka masa yang ditetapkan.

Seperti diumumkan Kementeria­n Kewangan (MoF), inisiatif e-Tunai Rakyat ini bertujuan untuk mempercepa­t transforma­si ke arah penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga Malaysia, terutama perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

“Penyedia perkhidmat­an e-dompet terpilih akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai bagaimana rakyat Malaysia boleh menuntut dan menggunaka­n e-kredit RM30,” katanya.

Sementara itu, dua penyedia e-dompet iaitu Touch ‘n Go eWallet dan Boost menyambut baik pengumuman Khazanah mengenai pemilihan mereka dalam inisiatif e-Tunai yang bakal dilancarka­n oleh kerajaan pada 15 Januari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, pembabitan Touch ‘n Go eWallet dalam inisiatif terbabit membolehka­n rakyat untuk menikmati manfaat e-Tunai Rakyat dengan lebih mudah.

 ??  ?? ANTARA aplikasi e-dompet yang popular dalam kalangan pengguna.
ANTARA aplikasi e-dompet yang popular dalam kalangan pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia