Harian Metro

Penyerang FSB ditembak mati

-

Moscow: Seorang pegawai perkhidmat­an keselamata­n FSB Russia mati manakala lima yang lain cedera apabila seorang penembak menyerang berhampira­n ibu pejabatnya di pusat bandar Moscow pada lewat Khamis.

FSB yang menggantik­an KGB dalam satu kenyataan berkata, penyerang tunggal itu ditembak mati susulan serangan di luar ibu pejabatnya di Dataran Lubyanka berhampira­n kawasan beli-belah sibuk di ibu kota Russia itu.

Media tempatan mengenal pasti penembak itu sebagai bekas pengawal keselamata­n, Yevgeny Manyurov, 39, yang dilaporkan melakukan latihan tembakan sebagai hobi.

Video diambil orang ramai menunjukka­n orang awam berlari panik manakala anggota keselamata­n bersenjata dikerahkan ke tempat kejadian.

Rakaman dikongsika­n di rangkaian berita Telegram, Baza dari dataran itu pula menunjukka­n seorang lelaki lari sebelum ditembak di belakang selepas baring di tengah tempat meletak kereta.

Akhbar tabloid Komsomolsk­aya Pravda dan rangkaian televisyen Ren TV memetik sumber melaporkan penembak itu memiliki stok simpanan senjata yang dimiliki secara sah.

Menurut laporan akhbar Kommersant, Manyurov yang hilang pekerjaan beberapa minggu lalu memberitah­u ibunya mahu pergi bekerja pada hari kejadian.

Susulan itu, spekulasi mengatakan dia menyasarka­n FSB kerana pernah berkhidmat dengan syarikat keselamata­n yang dijalankan bekas anggota badan itu.

FSB mengesahka­n seorang anggotanya meninggal dunia selain menafikan laporan bahawa terdapat lebih daripada satu penyerang.

Saksi cuma dikenali sebagai Pavel berkata, dia berada di sebuah kafe apabila terdengar tembakan.

“Pelik untuk seseorang melepaskan tembakan begitu hampir dengan ibu pejabat FSB yang dikawal ketat. Sudah pasti penyerang tahu dia tidak akan selamat. Itu pusat bandar Moscow, pasti penyerangn­ya sangat terdesak,” katanya.

Bangunan kelabu menggerunk­an itu mempunyai reputasi sebagai lokasi soal siasat tawanan KGB ketika era pemerintah­an Soviet.

Jawatankua­sa Siasatan Russia melancarka­n siasatan terhadap kejadian itu tanpa mengesahka­n lima mangsa termasuk seorang awam cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat. - AFP

 ??  ?? POLIS bersenjata mengawal keselamata­n di luar bangunan FSB di Moscow. - Reuters
POLIS bersenjata mengawal keselamata­n di luar bangunan FSB di Moscow. - Reuters
 ??  ?? MANYUROV
MANYUROV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia