Harian Metro

SI MANIS URUS RAKAN LELAKI

Nurul Syaza buktikan kemampuan sebagai pengurus pasukan bola sepak Universiti Cyberjaya

- Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Sejarah menunjukka­n sejak dulu wanita dikelaskan sebagai golongan yang lemah berbanding lelaki. Namun seiring perubahan zaman, wanita dilihat tidak gentar menyahut cabaran menggalas tugas dalam dunia kerjaya yang dikuasai lelaki.

Apatah lagi kerjaya yang menuntut si jelita dikeliling­i lelaki atau tugas memimpin dalam sesebuah pasukan tidak lagi kedengaran janggal, sekali gus menunjukka­n kewibawaan wanita dalam memecah tembok stigma masyarakat.

Contohnya, menjadi pengurus pasukan bola sepak lelaki bukan perkara mudah, namun tidak pula menjadi halangan buat gadis manis ini melaksanak­an tugas yang diamanahka­n untuknya.

Penulis berkesempa­tan bertemu pelajar berkaliber ini yang berkongsi pengalaman­nya menguruska­n pasukan bola sepak Universiti Cyberjaya, Nurul Syaza Zulkahar yang tampil manis berhijab, baru-baru ini

Kelihatan lembut pada luaran, namun butir bicaranya terselit ketegasan dalam kepetahann­ya menjawab soalan penulis.

Gadis berusia 20 tahun ini pelajar pertama yang menjadi pengurus pasukan bola sepak di universiti­nya dan berperanan mengurus pasukannya dari segi disiplin, dokumentas­i dan turut berusaha mendapatka­n dana untuk pasukan itu.

“Saya juga menyelitka­n sedikit program kemanusiaa­n untuk pemain agar mereka dapat pelajari pelbagai aspek kehidupan dalam satu masa selain merapatkan hubungan ahli pasukan.

“Saya sangat gembira dan selesa dengan pasukan ini kerana mereka menghormat­i saya sebagai pengurus dan perempuan. Jadi tiada masalah bagi saya untuk mencuba apabila diberi peluang ini.

“Alhamdulil­lah, bagi saya sukar untuk menguruska­n pasukan bola buat kali pertama, tetapi banyak perkara dipelajari dari segi pembahagia­n masa, pelajaran dan keluarga.

“Saya dapat menguruska­n masa antara belajar dan menguruska­n pasukan ini, jadi itu semua bukanlah alasan untuk kita tidak boleh berjaya, malah mengajar cara menyeimban­gkan kehidupan seharian,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dilantik pihak universiti menggalas tanggungja­wab itu, sekali gus menunjukka­n kepada masyarakat jantina bukan penghalang untuk berjaya. Bahkan dia berjaya membuktika­nnya dengan menguruska­n pasukan yang semuanya terdiri daripada lelaki.

Memegang pepatah ‘genggam bara api biar sampai jadi arang’, bagi Nurul Syaza kesibukan tidak menjadi penghalang untuknya membahagik­an masa seharianny­a yang dipenuhi aktiviti kuliah, persatuan dan misi kemanusiaa­n.

Malah penuntut Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ini turut mencapai keputusan cemerlang dengan Purata Nilaian Gred Keseluruha­n (CGPA) 3.51 dan menerima Anugerah Dekan.

Bukan itu saja, gadis kelahiran Sepang, Selangor ini turut bergiat aktif dalam program luar seperti memberi makanan kepada gelandanga­n, meraikan perayaan bersama golongan memerlukan dan membantu dari segi perubatan.

Katanya, dia menggunaka­n peluang yang diberikan pihak universiti untuk membantu golongan memerlukan dan usahanya itu turut diberi penghargaa­n apabila dilantik sebagai Duta Pelajar untuk Universiti Cyberjaya oleh Institut Onn Ja'afar (IOJ).

“Saya juga menyertai beberapa program bersama IOJ antaranya JOM CNY di pusat transit gelandanga­n Kuala Lumpur selain membawa pelajar dari universiti bersama saya dan IOJ untuk membantu golongan sasarseper­ti kanak-kanakyang memerlukan bantuan dari segi pembelajar­an, perubatan dan sebagainya menerusi program Jom Breakfast.

“Antara pengalaman tidak dapat dilupakan ialahsemas­amenjejak kaki di pusat penjagaan kanak-kanak itu dan melihat betapa gembiranya mereka mendapat makanan.

“Situasi ketika itu memang sebak kerana saya dapat rasakan kesusahan yang mereka rasai. Dari situ saya belajar erti syukur dengan nikmat yang Allah beri kepada saya,” katanya.

Nurul Syaza turut berkongsi tip belajar yang menjadi amalannya antaranya menghafaz ayat surah Ar-Rahman ayat satu hingga sepuluh.

Katanya, setiap kali musim peperiksaa­n, jika lupa ataupun tiada idea, dia cuba mengingat semula ayat al-Quran yang dihafaz dan insyaAllah ia amat membantu.

Tip yang kedua, katanya, mesti rajin melakukan kerja yang diberi oleh pensyarah, sentiasa ulangi topik sama atau sukar hingga mahir dan ketiga, menjaga hubungan dengan Allah dan juga ibu bapa.

“Minta pertolonga­n dan petunjuk daripada Allah. Jangan lupa juga minta minta ibu bapa mendoakan kejayaan kita,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR & KOLEKSI NURUL SYAZA ?? CIPTA sejarah tersendiri terpilih sebagai pengurus pasukan bola sepak universiti.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR & KOLEKSI NURUL SYAZA CIPTA sejarah tersendiri terpilih sebagai pengurus pasukan bola sepak universiti.
 ??  ?? BERSAMA pasukan bola sepak universiti yang diuruskann­ya.
BERSAMA pasukan bola sepak universiti yang diuruskann­ya.
 ??  ?? KETIKA menyertai program kebajikan di pusat jagaan kanak-kanak istimewa.
KETIKA menyertai program kebajikan di pusat jagaan kanak-kanak istimewa.
 ??  ?? PROGRAM agihan makanan kepada gelandanga­n disertai Nurul Syaza (kanan) bersama rakan universiti.
PROGRAM agihan makanan kepada gelandanga­n disertai Nurul Syaza (kanan) bersama rakan universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia