Harian Metro

Ashif puas harum nama UKM

-

Selepas cemerlang meraih dua emas di Sukan Sea Filipina dan merangkul Anugerah Olimpian Terbaik kelmarin, atlet wushu negara, Loh Choon How memberi bayangan untuk bersara.

Choon How yang berusia 26 tahun mengambil keputusan itu atas faktor kecederaan dan menunggu lampu hijau mengenai persaraann­ya dari Persekutua­n Wushu Malaysia (WFM).

“Perancanga­n itu tidak pasti lagi, hanya menunggu persekutua­n umumkan nanti,” katanya yang melakar dua pingat emas di temasya Sukan Sea Filipina dalam acara taijiquan lelaki sebelum meraih emas kedua dalam acara taijijian.

Dia yang menjadi atlet pertama meraih emas di Filipina berkata, buat masa sekarang, dia hanya

Bangi: Selepas berusaha keras dan mengorbank­an masa, tenaga, ketua pasukan Ultra Instinct, Ashif Halaj Abdul Majid berasa puas berjaya mengharumk­an nama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ashif mengakui bahawa merangkul kejuaraan kali kedua berturut-turut dalam saingan Mobile Legend:Bang Bang (MLBB) Celcom XPAX Kejohanan E-sukan Kampus (XPAX KEK) Semester 2 adalah hasil daripada titik peluh mereka selama ini.

Pelajar jurusan Kejuteraan Mekanikal itu mengakui dia dan rakan-rakan sudah berusaha menggunaka­n pelbagai strategi dan akhirnya bukan hanya juara dalam saingan MLBB, tapi membolot hadiah keseluruha­n iaitu biasiswa bernilai RM50,000.

Ashif bersama Nik Nazrin Shahzan Nik Adlin Fariz, Hazirie Abdul Rahim, Aiman Ahmad Ansary dan Azirool Fareed Sunder juga mengakui bahawa status sebagai pelajar tidak menghalang mereka untuk berlatih sekerap mungkin.

Turut membantu UKM meraih tempat keseluruha­n terbaik ialah Madness Esports yang beraksi dalam saingan PlayerUnkn­own’s Battlegrou­nds (PUBG) Mobile.

Selain biasiswa RM50,000 tajaan Celcom XPAX untuk dikongsi bersama kesembilan atlet berkenaan, mereka juga membawa pulang sebuah trofi.

“Perancanga­n itu tidak pasti lagi, hanya menunggu

persekutua­n umumkan nanti

Loh Choon How

 ??  ?? CHOON How dan Farah Ann merangkul Anugerah
Olimpian Terbaik 2019 dalam majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.
CHOON How dan Farah Ann merangkul Anugerah Olimpian Terbaik 2019 dalam majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia