Harian Metro

TAK ARAH BUNUH, TAK KENAL ALTANTUYA

Najib melafazkan sumpah laknat ketiga nafi terbabit dalam pembunuhan Altantuya

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat menafikan pembabitan dirinya dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Masjid Kampung Baru, di sini, semalam.

Dalam kenyataan sumpah laknat itu, Najib turut mendakwa beliau tidak mengenali mahupun pernah berjumpa dengan mendiang.

Malah, beliau bersumpah tidak pernah mengeluark­an arahan membunuh Altantuya dan jika berdusta maka laknat Allah SWT menimpa dirinya.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...”

“Alhamdulil­lah, sejak memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahka­n mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegar­a Mongolia yang bernama Altantuya Shariibuu.

“Malah, saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang menfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia, di akhirat,” katanya dalam lafaz muhabalah berkenaan yang diadakan selepas solat Jumaat.

Hadir sama, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abd Rahim dan Datuk Seri Ahmad Maslan serta ribuan jemaah.

Sebelum melafazkan sumpah itu, Najib terlebih dahulu memaklumka­n bahawa ia bertujuan membersihk­an namanya yang didakwa terbabit memberi arahan pembunuhan Altantuya.

Ia dibuat menerusi akuan bersumpah (SD) bekas pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri yang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang.

Katanya, sumpah laknat itu adalah kali ketiga dibuatnya selepas yang pertama di Ijok, Selangor pada 2007 dan kali kedua di Guar Perahu, Pulau Pinang pada 2008.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, semalam.
NAJIB melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia