Harian Metro

6 MEI 2020

Keputusan permohonan Najib, Rosmah batal saman tauke karpet, Deepak Jaikishan

- Oleh Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalka­n saman difailkan Pengarah Syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, J R Deepak Jaikishan (gambar) akan didengar pada 6 Mei tahun hadapan.

Turut bersama dalam permohonan mereka untuk mengenepik­an saman dikemukaka­n Deepak selaku plaintif adalah Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes itu semalam.

Peguam Nasbal Harun mewakili Deepak dan dua lagi plaintif, Carpet Raya dan adik Deepak, J Rajesh, yang juga pengarah syarikat itu, peguam Cheryl Chong Wei Teng mewakili bekas perdana menteri dan isterinya manakala peguam Arwindar Jill mewakili Abdul Azeez.

Nasbal ketika ditemui wartawan berkata, defendan memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman itu pada 24 September tahun ini, atas alasan saman itu remeh temeh dan mereka percaya plaintif tidak mempunyai sebab kukuh untuk mengambil tindakan menyaman mereka.

“Mahkamah turut memerintah­kan semua pihak memfailkan hujahan bertulis menjelang 28 Februari 2020,” katanya.

Dalam saman difailkan pada 15 November 2018, Deepak mendakwa antara 2004 dan 2010, beliau dan syarikat bertindak sebagai ejen dan proksi kepada Najib dan Rosmah dalam transaksi tanah dan urusan perniagaan lain seperti diarahkan oleh pasangan itu.

Beliau juga mendakwa defendan ketiga (Abdul Azeez) bertindak sebagai ejen kepada Najib dan Rosmah

untuk melaksanak­an transaksi itu dan bertindak sebagai perantara antara pasangan itu dan plaintif kedua, Carpet Raya.

Melalui transaksi itu, Deepak mendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menghantar surat kepadanya bertarikh 2 Mac 2018 supaya menyelesai­kan tunggakan cukai syarikat Carpet Raya dan cukai individu berjumlah RM6 juta, tidak termasuk caj penalti dan faedah.

Deepak mendakwa beliau menerima surat daripada LHDN selepas hubunganny­a dengan pasangan itu menjadi keruh pada 2012 selepas beliau enggan mengikut arahan mereka dalam kes sivil membabitka­n penyiasat persendiri­an P Balasubram­aniam, dan mendakwa Abdul Azeez tahu mengenai perkara itu.

Plaintif juga mendakwa Najib dan Rosmah turut mengarahka­n LHDN mengambil tindakan undang-undang terhadap Carpet Raya dan petisyen penggulung­an difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017 oleh LHDN dan petisyen itu diterbitka­n dalam beberapa akhbar.

Mereka mendakwa akibat daripada petisyen itu, perniagaan dan reputasi semua plaintif terjejas dan Deepak juga dilarang daripada meninggalk­an negara ini, manakala kemudahan perniagaan mereka ditarik balik oleh Maybank dan kontrak syarikat itu dengan IKEA dibatalkan.

Mereka memohon perisytiha­ran mahkamah Najib dan Rosmah bertanggun­gjawab membayar tunggakan cukai syarikat itu.

Mereka juga memohon ganti rugi RM500,000 yang dibayar kepada bank, ganti rugi RM47 juta untuk ketidakupa­yaan syarikat memenuhi kewajipan kontrak dan jualan, ganti rugi RM74 juta untuk pembatalan kontrak syarikat dengan IKEA, RM200 juta atas dakwaan memfitnah, RM37 juta bagi kerugian disebabkan oleh tindakan Najib.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia