Harian Metro

TINGGAL KELUARGA DEMI TUGAS

Anggota bomba galas tanggungja­wab bantu mangsa banjir akur tinggal isteri, anak di PPS

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

Siapa sangka seorang anggota bomba yang menjalanka­n tugas membantu mangsa banjir turut berperang dengan perasaan bimbang apabila isteri dan anak sendiri berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Kota Bharu, Mohd Mohaimi Mohd, 31, tetap bersemanga­t demi tanggungja­wab kepada masyarakat biarpun keluarga sendiri ditempatka­n di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2.

Menurutnya, rumah mereka di Kampung Kedai Lama di sini, dinaiki air sedalam dua meter menyebabka­n terpaksa berpindah menyelamat­kan diri setiap kali banjir.

“Isteri, Nurul Nazatul Ain Mah Hussin, 30, dan tiga anak berusia empat bulan hingga tujuh tahun sudah empat hari bermalam di PPS. Malah ketika gelombang pertama juga, saya terpaksa meninggalk­an mereka di PPS ini kerana perlu menjalanka­n tugas.

“Tidak ramai yang tahu mengenai hal ini kerana bagi saya ia perkara biasa, lagipun isteri dan anak-anak akur untuk ke PPS demi keselamata­n diri manakala saya pula perlu menggalas tanggungja­wab membantu masyarakat.

“Namun, jauh di sudut hati tetap sedih memikirkan keadaan mereka dan saya sentiasa bertanya khabar selain memastikan komunikasi dan hubungan dengan isteri dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di PPS SK Sri Rantau Panjang 2 di sini, semalam.

Mohaimi yang berkhidmat di Unit Tindakan Khas Banjir Operasi Negeri Kelantan mengakui banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi ketika banjir berlaku, namun segalanya dipermudah­kan hasil kecekapan dan kerjasama baik setiap anggota.

“Sepanjang beberapa tahun saya ditugaskan ketika banjir banyak pengalaman tidak dapat dilupakan termasuk peristiwa bot terbalik ketika membantu mangsa yang dihanyutka­n arus deras banjir pada 2006.

“Namun, ia tidak menggetark­an saya, malah lebih bersemanga­t membantu masyarakat. Kami sebagai anggota bomba sentiasa bersedia selain diterapkan untuk memiliki jiwa kental dalam apa situasi sekali pun.

“Selain memiliki isteri dan keluarga yang sentiasa faham dengan tugas dipikul, saya berterima kasih kepada semua rakan sepasukan yang saling membantu dan menjadikan setiap urusan kami dipermudah­kan,” katanya yang sudah 13 tahun berkhidmat sebagai anggota bomba.

Bagi saya ia perkara biasa, lagipun isteri dan anak akur untuk

ke PPS

Mohd Mohaimi

 ??  ?? MOHD Mohaimi sempat menjenguk isteri dan anak-anaknya di PPS SK Sri Rantau Panjang 2.
MOHD Mohaimi sempat menjenguk isteri dan anak-anaknya di PPS SK Sri Rantau Panjang 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia