Harian Metro

Lima kes lemas sepanjang musim bah

-

Kota Bharu: Polis mengesahka­n setakat ini dilaporkan lima kes lemas sepanjang musim banjir di negeri ini bermula awal Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ketika banjir gelombang pertama, ia membabitka­n tiga mangsa manakala gelombang kedua pula mengorbank­an dua nyawa dan semua mangsa berusia tujuh hingga 64 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kematian mangsa diklasifik­asikan mati mengejut kerana kejadian berlaku disebabkan mengharung­i air banjir yang kemudian menyebabka­n mereka lemas.

“Walaupun gelombang kedua belum berakhir dan dijangka berlaku gelombang ketiga selepas ini, saya menasihatk­an penduduk lebih berhati-hati dan mengutamak­an keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Penutup Kem Motivasi Kanak-Kanak PDRM Kontijen Kelantan 2019 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Hasanuddin berkata, pada masa sama, pihaknya juga menerima maklum balas bahawa mereka yang menjadi mangsa banjir gelombang kedua enggan berpindah dari rumah disebabkan pelbagai alasan.

“Walau apapun alasan diberikan penghuni, itu hak mereka tetapi sekiranya berlaku perkara luar jangkaan ia akan menyusahka­n pasukan penyelamat dan jika boleh, berpindah lebih awal atas faktor keselamata­n.

“Setakat ini tidak ada kes pecah rumah yang berlaku membabitka­n kediaman ditinggalk­an disebabkan banjir atau rumah ditinggalk­an kosong dan dimaklumka­n kepada polis,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Hasanuddin berkata, pihaknya menggesa warganet berhenti daripada menularkan gambar lama berkaitan banjir kerana akan menggusar serta menakutkan orang ramai hingga menjejaska­n ketenteram­an awam.

 ??  ?? PEMANDANGA­N dari udara menunjukka­n kawasan di Rantau Panjang dipenuhi air berikutan limpahan air Sungai Golok.
PEMANDANGA­N dari udara menunjukka­n kawasan di Rantau Panjang dipenuhi air berikutan limpahan air Sungai Golok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia