Harian Metro

Kerap pindah elak ditahan polis

-

Kuala Lumpur: Suami isteri yang diburu bagi membantu siasatan kes penipuan meraih sumbangan orang ramai secara dalam talian di media sosial dipercayai berpindah-randah bagi mengelak ditahan.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya masih mengesan pasangan terbabit.

“Kami menerima maklumat berhubung pasangan itu daripada orang awam.

“Pasangan itu dipercayai berpindah-randah bagi mengelak ditahan,” katanya dihubungi semalam.

Pada perkembang­an berasingan, Saiful Azly berkata, tempoh reman terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang juga rakan kepada suami isteri terbabit disambung dua hari.

“Terdahulu, lelaki itu direman dua hari hingga hari ini (semalam) sebelum disambung dua hari lagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan, suami isteri itu memperdaya orang ramai dengan mengeksplo­itasi gambar bayi dan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik di media sosial untuk meminta sumbangan.

Individu dikesan itu adalah Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy, 22, beralamat terakhir di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jalan Miri Off, Kuala Lumpur.

Pasanganny­a ialah Maizatul Farahanis Mior Mohd Patah, 20, yang beralamat terakhir di PPR Pekan Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat, Inspektor Syarifah Asiah Syed Husin di talian 013-9063634 atau Inspektor Razmil Razak di talian 012-7150785.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia