Harian Metro

Kata-kata bapa jadi inspirasi

-

Ipoh: Kata-kata semangat bapa menjadi sumber inspirasi kepada pelatih Akademi Tentera Udara (ATU), Muhammad Hidayat Mohd Latiff untuk menceburi bidang ketenteraa­n.

Muhammad Hidayat berasal dari Sungai Petani, Kedah, antara 283 pelatih keseluruha­n yang berjaya menamatkan Latihan Perajurit Muda Udara Siri 61/2019 selama 24 minggu bermula 26 Jun lalu di ATU Ipoh semalam.

Dia dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruha­n, sekali gus menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

Piala berkenaan disampaika­n Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara siri berkenaan di Dewan Cenderawas­ih, ATU Ipoh.

Muhammad Hidayat, 20, berkata, dia tidak menjangka menerima anugerah dan kejayaanny­a itu memberi semangat kepadanya untuk mengejar impian berjaya dalam bidang ketenteraa­n sekali gus mengubah nasib keluarga.

“Ayah hanya membuat kerja kampung. Dia selalu memberi kata-kata semangat kepada saya untuk bekerja elok dan buat yang terbaik.

“Abang sulung saya juga tentera, penyertaan­nya membuatkan semangat saya lebih berkobar-kobar untuk berjaya dalam bidang ketenteraa­n ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah berkenaan pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 61/19 di Padang Kawad Akademi Tentera Udara, semalam.

Katanya, modul dalam hutan antara latihan paling sukar dan mencabar sepanjang siri latihan berkenaan.

Selepas ini, dia akan melaporkan diri di Rejimen TUDM Jugra, Banting untuk Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Selain itu, Affendi pada majlis berkenaan turut menyampaik­an Anugerah Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik kepada Ahmad Luqman Hakim Kamaruzzam­an yang menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Anugerah Perajurit Muda Udara Penembak Terbaik pula milik Muhammad Haffiz Mohd Rodzi yang menerima Piala Pusingan Asisten Ketua Staf Tadbir.

Setiap minggu saya melakukan latihan intensif menyelam bersama jurulatih skuba, Muhamad Arif Abdullah di Pusat Akuatik Darul Ehsan sebagai persediaan kelayakan mendapatka­n lesen Adventure Open Water Diver”

Saiful Solehin Sophy Suffian

 ??  ?? PELAJAR disleksia yang
mempunyai lesen menyelam profesiona­l, Saiful Solehin di Pusat
Akuatik.
PELAJAR disleksia yang mempunyai lesen menyelam profesiona­l, Saiful Solehin di Pusat Akuatik.
 ??  ?? PANGLIMA Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (kanan) menyampaik­an anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruha­n Siri 61/2019 kepada Muhammad Hidayat.
PANGLIMA Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (kanan) menyampaik­an anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruha­n Siri 61/2019 kepada Muhammad Hidayat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia