Harian Metro

MOTIVASI BELAJAR

30 asnaf SK Melekek terpilih terima bantuan persekolah­an sumbangan TKHM

- Oleh Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

“Kami amat menghargai program amal Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) yang dijayakan di sekolah kami,” kata Ali Ishak, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Melekek berhubung program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah yang berlangsun­g hari ini.

Baginya, pemilihan itu memberi makna besar kepada warga sekolah terutama membabitka­n 30 penerima dalam kalangan asnaf.

Beliau berkata, pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyambut baik usaha Harian

Metro bersama DRB-Hicom menjalanka­n program khidmat masyarakat (CSR) untuk membantu golongan memerlukan.

“Saya yakin, murid yang terpilih menerima sumbangan pada TKHM kali ini menjadikan ia sebagai pemangkin serta motivasi untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

“Sumbangan ini juga pasti sedikit sebanyak melegakan ibu bapa penerima berikutan dapat mengurangk­an beban mereka mengeluark­an belanja persiapan persekolah­an,” katanya, semalam.

Ali juga berharap TKHM diteruskan pada masa depan kerana ia memberi kesan besar kepada golongan memerlukan.

Aturcara program TKHM kali ini ialah murid dibawa membeli peralatan persekolah­an di pusat beli-belah Cheng pada waktu pagi sebelum diteruskan dengan sesi penyerahan sumbangan jam 3 petang di SK Melekek.

Selain murid SK Melekek, peserta lain membabitka­n asnaf dari SK Simpang Ampat, SK Air Paabas, SK Sungai Buluh, SK Pegoh dan SK Cherana Putih.

Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah adalah program CSR akhbar Harian Metro yang bermatlama­t membantu golongan memerlukan.

Menerusi program ini, 150 penerima dalam kalangan anak yatim serta keluarga miskin diberi bantuan membuat persiapan menjelang sesi persekolah­an Januari depan.

Sumbangan ini juga pasti sedikit sebanyak melegakan ibu bapa penerima berikutan dapat mengurangk­an beban mereka mengeluark­an belanja persiapan persekolah­an”

Ali Ishak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN Harian Metro dan wakil DRB Hicom membuat persiapan sempena Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Melekek, semalam.
KAKITANGAN Harian Metro dan wakil DRB Hicom membuat persiapan sempena Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Melekek, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia