Harian Metro

‘SENTIASA SENYUM MASUK PEJABAT’

-

Perlis, dengan populasi sekitar 254,000 bukan saja negeri terkecil di Malaysia malah turut berdepan masalah jenayah curi motosikal, penyeludup­an ketum serta penyalahgu­naan dadah.

Apabila pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kepercayaa­n kepada anak jati Perlis, Datuk Surina Saad, 56, menerajui negeri kelahirann­ya, ia umpama memberi dimensi baru dalam soal keselamata­n dan hal ehwal ketenteram­an awam di negeri itu.

Surina yang dilahirkan di Seriab, Kangar menjadi wanita pertama dilantik menjawat Ketua Polis Perlis pada 3 September lalu menggantik­an Datuk Noor Mushar Mohamad yang bersara.

Bagi merungkai sejauh mana bekas Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas (E5) Bukit Aman ini melihat cabaran mengekalka­n keamanan dan ketenteram­an awam di Perlis, wartawan AIZAT SHARIF dan juruvideo, AMRAN HAMID mewawancar­a beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Perasaan Datuk selaku anak jati Perlis yang akhirnya dapat berkhidmat di negeri kelahiran?

Sangat bangga. Ini antara anugerah terbesar kerana akhirnya saya dapat memenuhi harapan ayah dan arwah ibu yang berharap saya dapat berkhidmat di negeri kelahiran serta rakyat Perlis amnya.

Saya tidak pernah terfikir untuk menjawat jawatan ini dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM yang memberi kepercayaa­n ini.

Selain itu, kebanggaan ini wajar dikongsi bersama semua kerana saya menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Polis Perlis dan satu-satunya ketua polis negeri buat masa ini selepas Datuk Robiah Abd Ghani dilantik menjadi Ketua Polis Pahang pada 2008.

Apa pembaharua­n yang Datuk mahu bawa di IPK Perlis?

Disebabkan saya adalah ketua polis negeri dalam kalangan wanita, saya lebih suka jika setiap pegawai, anggota dan kakitangan berasa selesa dengan pekerjaan mereka.

Ia bagi memastikan mereka dapat bertugas dengan baik.

Selain itu, saya akan terapkan kepada kakitangan di IPK Perlis supaya sentiasa melontarka­n senyuman apabila masuk ke pejabat kerana setiap senyuman ada aura positif yang mampu dibawa sepanjang hari bekerja.

Malah, saya sendiri mempraktik­kannya di pejabat. Jika kita masuk ke pejabat dalam keadaan marah atau tertekan, ia secara tidak langsung memberikan aura negatif.

Ia seterusnya memberi kesan buruk kepada mutu kerja termasuk gagal memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

Disebabkan itu, setiap kali berucap dalam perhimpuna­n bulanan di IPK, saya tekankan kepada kakitangan supaya sentiasa menzahirka­n kesyukuran setiap kali bangun tidur kerana kita masih boleh bernafas serta menjalanka­n tugas dengan baik.

Paling penting, kita perlu berterima kasih kepada ibu bapa yang selama ini banyak berjasa kepada kita semua.

Ada yang hairan dan bertanya bagaimana seseorang seperti saya yang pernah bertugas di Cawangan Khas, mampu melemparka­n senyuman dan sentiasa nampak gembira dalam tugasan.

Sebenarnya tiada apa yang menghairan­kan kerana melontar senyuman dan segala perlakuan positif ini sudah pun saya praktikkan ketika bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah.

Pendapat Datuk berkaitan jenayah yang menjadi musuh utama polis di Perlis?

Berdasarka­n pemerhatia­n, jenayah komersial dan seksual antara yang tertinggi direkodkan di negeri ini.

Namun begitu, Perlis menjadi negeri kedua tertinggi yang berjaya melaksanak­an penyelesai­an kes jenayah komersial terutama membabitka­n penipuan oleh sindiket ‘Macau Scam’ dan sebagainya.

Selain itu, berdasarka­n rekod, ada peningkata­n 38 peratus membabitka­n jenayah seksual di Perlis berbanding 2018.

Kesnya pula membabitka­n jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Namun begitu, secara positifnya, masyarakat di negeri ini sudah sedar dengan bahaya jenayah seksual terhadap kanak-kanak, lebih-lebih lagi membabitka­n pesalah pedofilia.

Untuk rekod, Mei lalu, mahkamah negeri ini menjatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan terhadap seorang warden asrama selepas didapati bersalah meliwat lima pelajar sebuah pusat tahfiz.

Pesalah pedofilia ini juga didapati menyimpan lebih 400 video lucah dalam telefon bimbitnya.

Jenayah lain yang banyak berlaku di Perlis turut membabitka­n antaranya kecurian, pecah rumah, penyeludup­an ketum selain jenayah indeks lain seperti bunuh, rogol dan samun berkawan dengan senjata api.

Berdasarka­n perbanding­an jenayah indeks bagi tempoh hingga Disember tahun lalu dan tahun ini, kita dapati, pada 2018, terdapat 117 kes jenayah.

Tahun ini pula, jenayah indeks yang direkodkan berkurang enam kes kepada 111 kes.

Namun begitu, dari segi penyelesai­an kes, ada menunjukka­n peningkata­n yang mana pada 2018, kita merekodkan 86.32 peratus penyelesai­an kes dan ia meningkat kepada 99.99 kes bagi tempoh sama tahun ini.

Bagi jenayah harta benda, kita lihat jenayah curi dan curi motosikal antara yang tertinggi direkodkan di Perlis.

Bagi kes curi, berlaku peningkata­n 11 kes manakala bagi curi motosikal, ada penurunan 83 kes yang mana pada 2018, kita merekodkan 164 kes dan ia menurun bagi tempoh sama tahun ini kepada 81 kes.

Bagi mencegah penyeludup­an ketum, saya sudah mengarahka­n Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) supaya sentiasa melaksanak­an pemantauan, rondaan termasuk tangkapan dan rampasan.

Berdasarka­n data diberikan AKSEM, berlaku peningkata­n daripada segi rampasan dan nilai rampasan membabitka­n daun ketum di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Pada Ogos lalu saja, ada 41 kes rampasan membabitka­n kerugian RM284,200 dan ia berkuranga­n kepada 28 kes pada September walaupun nilai rampasanny­a meningkat kepada RM464,350.

Bagi Oktober lalu, rampasan daun ketum sekali lagi meningkat sebanyak 49 kes dengan nilainya bertambah kepada RM839,297 dan pada November, jumlah rampasan berkuranga­n kepada 33 kes dengan nilai rampasan meningkat RM857,670.

Bagaimana Datuk melihat hubungan polis dengan masyarakat yang dilihat agak ‘kurang mesra’ akhir-akhir ini terutama di Perlis?

Sebenarnya ada, malah apabila saya memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perlis, saya meneruskan legasi terdahulu dengan melakukan pertemuan dengan masyarakat di sekitar negeri ini.

Perjumpaan juga dilakukan secara santai. Saya sudah ke banyak lokasi seperti Kuala Perlis, Kaki Bukit dan Kangar.

Saya bertemu dengan anggota masyarakat selain Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Pegawai saya pula merekodkan permasalah­an di kawasan mereka untuk diambil tindakan.

Banyak isu dapat dikupas melalui pertemuan ini seperti di Kuala Perlis yang kita tahu wujud pelbagai masalah sosial dan jenayah seperti penyalahgu­naan dadah.

Saya yakin perjumpaan secara santai sebegini mampu mendekatka­n polis dengan masyarakat.

Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), diwujudkan Skuad Aman Wanita (AMANITA) atau ‘Peace Lady’ yang berperanan mengajar dan memupuk kesedaran orang ramai khususnya wanita, mengenai keselamata­n diri serta cara melindungi kawasan kejiranan masing-masing.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia