Harian Metro

Fokus tangani umat tanpa negara

-

Kuala Lumpur: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah negara Islam harus menangani keperitan yang dihadapi umat Islam tanpa negara di seluruh dunia seiring dengan proses meneruskan agenda pembanguna­n negara masing-masing.

Menegaskan bahawa ia perlu menjadi keutamaan, titahnya, negara Islam perlu lebih terbabit dalam perbincang­an dan percambaha­n fikiran mengenai perkara tersebut.

“Kita mempunyai tanggungja­wab penting terhadap saudara sesama Islam kita yang tidak bernegara dan kita perlu melakukan usaha yang lebih baik untuk membantu dengan menawarkan tempat berteduh dan memberi sinar harapan,” titah baginda dalam ucapan diraja ketika menutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Centre (KLCC) di sini, semalam.

Sultan Nazrin mengakui bahawa beberapa negara majoriti Islam seperti Turki, Lubnan, Jordan, Pakistan dan Iran sudah pun melakukan peranan masing-masing dengan menerima sejumlah besar pelarian, sebahagian daripada hampir 10 juta pelarian yang datang dari negara majoriti Islam.

Tetapi dunia Islam, titahnya, dapat berbuat lebih banyak lagi terutama ketika ia membangun dan memperting­katkan kekayaan dan kuasa dengan banyak negara majoriti Islam kini lebih makmur.

“Oleh itu, lebih banyak daripada kita dapat berusaha lebih gigih untuk meningkatk­an kesedaran, menyumbang kepada dialog global dan menyediaka­n pembiayaan dan sokongan material yang amat diperlukan dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaa­n,” titahnya.

Baginda turut menegaskan bahawa kaum Muslimin menjadi kaum migran selepas dipaksa meninggalk­an kampung halaman mereka kerana kesulitan, konflik dan penganiaya­an dan mereka ini tidak seharusnya menempuh perjalanan bahaya ke benua Eropah untuk mencari kehidupan yang aman, selesa dan selamat.

Baginda bertitah, salah satu sebab pelarian Islam mencari perlindung­an di Eropah ialah mereka percaya benua itu dapat memberi mereka peluang yang lebih besar dalam bidang pendidikan, keselamata­n kewangan serta kebebasan, martabat dan hak asasi manusia yang dilucutkan di negara asal mereka. - Bernama

 ??  ?? SULTAN Nazrin mencemar duli melawat ruang pameran selepas majlis penutupan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
SULTAN Nazrin mencemar duli melawat ruang pameran selepas majlis penutupan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia