Harian Metro

Satukan ummah bidang teknologi maju, strategik

-

Kuala Lumpur: Penganjura­n Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 membuahkan hasil ketara yang digariskan dalam usaha membawa kemajuan dan memperbaik­i keadaan ummah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, sidang kemuncak itu menyaksika­n 18 pertukaran instrumen dalam pelbagai bidang termasuk teknologi tinggi yang canggih; kolaborasi media, pusat kecemerlan­gan, jaminan makanan dan kepimpinan belia serta pertukaran program.

“Ada beberapa lagi yang sedang dirangka, sedang diusahakan hasil perbincang­an semasa sidang kemuncak ini,” katanya semasa berucap di majlis penutupan sidang kemuncak empat hari itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak KL berkata, diharapkan saudara-saudara Islam yang lain akan dapat melihat bahawa hasrat Sidang Kemuncak ini adalah untuk menyatukan ummah di bidang teknologi maju dan strategik.

“Hanya dengan memiliki pengetahua­n inilah, satu-satunya harapan kita bagi menghentik­an perbuatan buli dan penindasan oleh musuh-musuh kita terhadap ummah.

“Kita mengakui bahawa seluruh umat Islam adalah saudara kita, dan langkah kecil yang kita ambil ini akan menjadi permulaan kepada satu perjalanan yang jauh dan bermanfaat dengan seluruh ummah,” katanya.

Dr Mahathir berkata, aspek paling penting merujuk kepada sidang kemuncak ekonomi, sains dan teknologi, di samping industri pertahanan - adalah perlunya memiliki keupayaan untuk menghasilk­an dan mencipta teknologi tempatan yang baharu.

“Selagi kita bergantung kepada teknologi ciptaan musuh Islam; selamanya mereka akan peroleh manfaat, dan menguasai serta mengawal usaha-usaha kita untuk memperbaik­i teknologi kita, dan sistem pertahanan khususnya,” katanya.

Dr Mahathir berkata, perbincang­an turut menyentuh mengenai isu mata wang dan cara perdaganga­n sesama negara-negara Islam, yang mana beliau mencadangk­an supaya dikaji semula idea perdaganga­n dengan menggunaka­n dinar emas dan sistem barter.

Beliau berkata, penting juga bagi beliau untuk menyatakan bahawa Iran khususnya, walaupun bertahun-tahun berdepan perintah sekatan, mampu terus maju dan berkembang, dengan mempunyai jumlah jurutera keempat tertinggi di dunia.

Pemimpin Malaysia itu berkata, Qatar juga telah dikenakan sekatan dan, seperti Iran, turut berjaya bangkit dan berkembang maju dengan hebat.

“Bagaimanap­un, sekatan sedemikian tidak semata-mata merujuk kepada Iran dan Qatar saja. Semasa dunia menyaksika­n negara-negara membuat keputusan unilateral bagi mengenakan langkah-langkah berbentuk menghukum seperti itu, Malaysia dan negara lain harus selalu ingat bahawa ia juga boleh dikenakan ke atas mana-mana daripada kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia