Harian Metro

70 peratus pinjaman Angkasa ditukar biasiswa

-

Kelana Jaya: Sebanyak 70 peratus daripada RM14 juta pembiayaan pinjaman pendidikan diperuntuk­kan kepada mahasiswa di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa) menerusi yayasannya ditukar kepada biasiswa penuh.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah itu peruntukan sejak 2000 membabitka­n 1,062 pelajar seluruh negara.

Katanya, statistik itu menunjukka­n kecemerlan­gan pelajar Yayasan Angkasa apabila lebih separuh daripada mereka memperoleh pencapaian gred kelas pertama dalam jurusan masing-masing, sekali gus tidak perlu membayar balik pinjaman.

“Bagi mereka yang memperoleh keputusan kelas kedua atas hanya perlu membayar balik 40 peratus pinjaman, manakala kelas kedua bawah perlu membayar balik 60 peratus pinjaman.

“Setakat ini, hanya Angkasa satu-satunya organisasi yang mengamalka­n sistem pinjaman boleh ubah biasiswa sebagai insentif membantu keluarga ahli koperasi.

“Setiap tahun Angkasa memperuntu­kkan pembiayaan RM1 juta tetapi tahun depan kami menambah RM500,000 lagi pembiayaan dengan jangkaan tambahan 80 pelajar dibantu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Portal Pelajar dan Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Sesi 2019/2020 di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Lembaga

Yayasan Angkasa merangkap Naib Presiden Angkasa, Datuk Mohamad Ali Hasan.

Dalam majlis itu, 148 pelajar daripada 800 pemohon terpilih menerima pembiayaan berkenaan bagi melanjutka­n pengajian di universiti tempatan.

Abdul Fattah berkata, portal pelajar diwujudkan sebagai platform interaksi antara pelajar dan pihak koperasi untuk pemantauan prestasi serta mengemas kini keputusan pelajar yang turut boleh dilayari ibu bapa masing-masing.

Sementara itu, Abdul Fattah turut menyokong cadangan kerajaan meminda Akta Koperasi 1993 khususnya bagi mengurangk­an keperluan pendaftara­n penubuhan koperasi daripada 50 ahli kepada 20 ahli atau kurang.

Beliau berkata, cadangan itu sangat baik untuk menggalakk­an golongan profesiona­l menggunaka­n koperasi sebagai platform perniagaan.

“Jumlah 50 keahlian bagi menubuhkan koperasi terlalu tinggi untuk golongan profesiona­l mendaftar bagi memulakan koperasi.

“Jika jumlah dikurangka­n, contohnya golongan doktor pergigian, farmasi, jurutera, akauntan, wartawan boleh menubuhkan koperasi dengan jumlah 20 ahli atau kurang daripada itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia