Harian Metro

KOPERASI JUTAWAN

38 sekolah dikenal pasti bakal peroleh pendapatan melebihi RM1 juta menjelang 2025

- Oleh Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro.com.my

Sebanyak 38 koperasi sekolah di seluruh negara yang mencapai perolehan dari 500,000 hingga 699,999 telah dikenal pasti untuk mencatat pendapatan melebihi RM1 juta menjelang tahun 2025 sekiranya pelbagai perancanga­n perniagaan dilaksanak­an bagi mencapai sasaran berkenaan.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA sudah melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n perniagaan koperasi sekolah.

Beliau berkata, antara aktiviti perniagaan koperasi sekolah termasuk kios, ejen bank, taska, dobi, pengendali­an kantin sekolah, kafeteria, rumah tamu, inap desa, pelanconga­n, sewaan loker, penternaka­n, perkhidmat­an spa dan peruncitan.

Katanya, sehingga kini, terdapat sembilan koperasi sekolah berjaya mencapai perolehan melebihi RM1 juta dan ke atas antaranya Koperasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas Pulau Pinang Berhad, Koperasi MRSM Kubang Pasu Kedah Berhad dan Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan Berhad.

Selain itu, Koperasi MRSM Taiping Perak Berhad, Koperasi MRSM Batu Pahat Johor Berhad, Koperasi MRSM Tunku Abdul Razak Pekan Pahang Berhad, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Berhad, Koperasi SMK Tansau Berhad dan Koperasi Sekolah Menengah Agama (SMA) Kuala Lumpur Berhad.

“Antara cabang perniagaan yang digalakkan koperasi ceburi adalah perniagaan kios yang mana ANGKASA menyasarka­n lebih 20 kios koperasi sekolah dibuka setiap tahun,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat ANGKASA, di sini.

Abdul Fattah berkata, kios boleh diusahakan sendiri oleh koperasi atau disewakan kepada pihak lain atau kedua-duanya sekali dan antara jenis kios yang mendapat sambutan ialah kios tetap di tepi pagar kawasan sekolah, kios bergerak dan kios kontena.

“Bilangan kios yang diusahakan koperasi sekolah setakat ini berjumlah 171 pintu membabitka­n 84 koperasi sekolah dan ada yang dalam proses pembinaan.

“Berdasarka­n statistik yang dikeluarka­n oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2019 sebanyak 2,433 koperasi sekolah telah didaftarka­n membabitka­n seramai 1.6 juta ahli di seluruh negara dengan jangkaan pendapatan perolehan sehingga Disember 2019 lebih RM500 juta.

“ANGKASA tetap dengan pendirian koperasi sebagai tempat untuk pelajar mendapat latihan keusahawan­an dan memupuk nilai kerjasama, kesaksamaa­n, perpaduan melalui koperasi. Ini selaras dengan Dasar Keusahawan­an Nasional

2030 (DKN 2030) yang menyasarka­n untuk melahirkan 250,000 usahawan sebagai usaha merealisas­ikan sejuta peluang pekerjaan di Malaysia dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Menurut beliau, koperasi sekolah berdaftar dengan Suruhanjay­a

Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“ANGKASA berpandang­an koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajar­an dalam kelas, malah terbukti mampu memberi latihan pembelajar­an yang berkesan di luar kelas.

“Kami turut membantu memberi khidmat nasihat dari segi tadbir urus, kewangan dan pembanguna­n perniagaan misalnya membantu koperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) perniagaan koperasi sekolah.

“Justeru, Anugerah Kecemerlan­gan Koperasi Sekolah (AKKS) yang diwujudkan adalah satu usaha yang tepat bagi meneruskan kesedaran gerakan koperasi sekolah di Malaysia,” katanya.

Abdul Fattah berkata, AKKS sentiasa mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan koperasi sekolah sekali gus dapat mengimbang­i antara aktiviti pengajaran dan pembelajar­an dengan kokurikulu­m yang baik tanpa menjejaska­n pembelajar­an pelajar.

“Ia dapat memberi pengiktira­fan kepada koperasi sekolah yang terbaik bagi peringkat negeri dan kebangsaan berdasarka­n garis panduan AKKS serta menyedari kewujudan koperasi di sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi,” katanya.

ANGKASA berpandang­an koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajar­an dalam kelas, malah terbukti mampu memberi latihan pembelajar­an yang berkesan di luar kelas”

Datuk Abdul Fattah Abdullah

 ??  ?? ABDUL Fattah menemani Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh (tengah) melawat gerai koperasi sekolah pada majlis penutupan Anugerah Kecemerlan­gan Koperasi Sekolah (AKKS) 2019 Peringkat Kebangsaan anjuran ANGKASA.
ABDUL Fattah menemani Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh (tengah) melawat gerai koperasi sekolah pada majlis penutupan Anugerah Kecemerlan­gan Koperasi Sekolah (AKKS) 2019 Peringkat Kebangsaan anjuran ANGKASA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia