Harian Metro

HIDUP HARMONI

Al-Sultan Abdullah sifatkan pemimpin agama luar kagum keharmonia­n negara

- Oleh Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@ hmetro.com.my

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatka­n pemimpin agama dari negara luar kagum dengan keharmonia­n di negara kita khususnya di Pulau Pinang.

Baginda bertitah demikian mengulas pertemuann­ya dengan Archbishop of Canterbury, Justin Welby ketika berkunjung ke United Kingdom, baru-baru ini.

“Semasa melawat ke UK, saya berjumpa dengan Welby, bertukar pandangan dan buah fikiran mengenai masalah global yang boleh merosakkan imej agama tertentu.

“Beliau (Welby) kagum dengan negara kita kerana kita hidup dalam keadaan harmoni terutama ketika beliau melawat Pulau Pinang pada Oktober lalu.

“Walaupun berbilang bangsa dan agama, kita dapat hidup dalam keadaan harmoni. Walaupun berdepan dengan beberapa perkara kecil yang boleh menggugat keharmonia­n, kita perlu hormat menghormat­i sesama kaum dan agama serta berharap negara dapat ditadbir sebaik mungkin dan diberkati Allah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang di Batu Gantung, semalam.

Baginda turut menyuaraka­n hasrat untuk melihat struktur pentadbira­n agama Islam di seluruh negara dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

“Jawatan mufti umpamanya yang mana tarafnya boleh diangkat setanding dengan jawatan utama lain dari segi kebajikan dan statusnya.

“Begitu juga jawatan di Jabatan Kehakiman Syariah yang perlu dipertingk­atkan statusnya berdasarka­n kelayakan masing-masing supaya keistimewa­aan dan kebajikann­ya lebih menarik,” titah baginda.

Sementara itu, baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah

Maimunah Iskandaria­h turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari di restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Restoran Hameediyah, Lebuh Campbell, semalam.

Keberangka­tan tiba Seri Paduka berdua jam 12.30 tengah hari disambut orang ramai yang menunggu di sepanjang jalan berhampira­n restoran berkenaan yang teruja melihat pasangan diraja itu.

Pasangan diraja itu meluangkan masa satu jam menikmati juadah di restoran berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Restoran Hameediyah Ahamed Seeni Pakir NM Abdul Sukkoor berkata, pihaknya berasa bangga kerana ini kali pertama ketua negara mencemar duli ke restoran yang kini berusia 112 tahun itu.

“Seri Paduka berdua berkesempa­tan mencuba pelbagai jenis juadah termasuk ayam ros, nasi beriani, murtabak, ayam belanda, daging rendang dan udang goreng. Baginda berdua mencuba semua jenis juadah dan menzahirka­n rasa gembira dengan juadah yang dihidangka­n,” katanya.

Beliau (Welby) kagum dengan negara kita kerana hidup dalam

harmoni Al-Sultan Abdullah

 ??  ?? AL-SULTAN Abdullah bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (tiga dari kiri) dan Tunku Hajah Azizah pada Perasmian Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
AL-SULTAN Abdullah bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (tiga dari kiri) dan Tunku Hajah Azizah pada Perasmian Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia