Harian Metro

PATAH SELANGKA LANGGAR LEMBU

Penduduk minta ambil tindakan terhadap ternakan berkeliara­n

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Penduduk di beberapa kampung di daerah ini bimbang dengan kehadiran haiwan ternakan berkeliara­n di atas jalan yang berlarutan sejak sekian lama.

Sikap lepas tangan pemilik ternakan itu sering menyebabka­n kemalangan kepada pengguna termasuk yang meragut nyawa.

Ada mangsa yang sudah beberapa kali mengalami kecederaan apabila kenderaan mereka melanggar haiwan berkenaan namun pemiliknya masih berdegil dan tidak menghirauk­an haiwan ternakan mereka.

Pengguna jalan raya, Muhammad Rizal Afnan Muhammad Sabri, 30, berkata, dia sudah dua kali menjadi mangsa haiwan ternakan berkeliara­n di jalan raya sehingga menyebabka­n anggota badannya patah.

Katanya, terbaharu tulang selangka kirinya patah tetapi dia masih terpaksa bekerja dengan kecederaan itu sejak bulan lalu.

“Kemalangan itu berlaku pada jam 5 pagi 11 November lalu ketika saya dalam perjalanan menunggang motosikal ke medan selera untuk membuka gerai roti canai bapa saya.

“Saya bertembung dengan seekor lembu yang berada di laluan saya. Memang saya tidak nampak ada sekawan lembu di atas jalan, selepas terjatuh daripada motosikal barulah saya nampak semua lembu itu,” katanya yang tinggal di Kampung Sireh, Mukim Tekai, Naka, di sini.

Bercerita lanjut, bapa kepada dua orang anak ini berkata, dia bernasib baik ketika kejadian itu seorang kenalan yang kebetulan mahu membawa anaknya ke hospital ternampak kejadian itu dan membantu membawanya ke hospital.

Katanya, doktor tidak dapat membetulka­n tulang selangka yang patah.

“Sehingga sekarang tulang di bahu saya masih tiada perubahan, saya terpaksa bekerja dalam keadaan sakit kerana kudrat saya diperlukan untuk membancuh tepung dan menebar roti canai.

“Bukan itu saja, kecederaan jari kelingking kanan saya juga belum sembuh sepenuhnya akibat bertembung dengan kambing biri-biri yang berada di tengah jalan pada 5 Julai lalu.

“Kambing itu bertindak agresif apabila berpatah balik dan menyondol saya dengan tanduknya, tulang jari ini patah sehingga mengganggu saraf tangan saya,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari rumah bapanya di Kampung Masjid, di sini.

Justeru, dia sangat mengharapk­an wakil rakyat serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan lebih tegas kerana sudah ramai yang terbabit dalam insiden seumpama itu.

Katanya, dia sudah membuat laporan kepada PBT supaya tindakan diambil dengan segera supaya tiada lagi menjadi mangsa akibat perbuatan tidak bertanggun­gjawab manusia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Mohamad Yusoff Zakaria, berkata, beliau sudah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kejadian terbabit.

Kata beliau, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) untuk mengambil langkah terbaik bagi mengatasi masalah itu.

“MDPT memberi beberapa langkah untuk menyelesai­kan perkara itu selain menangkap haiwan itu dan dikenakan kompaun kepada pemiliknya.

“Sebagai wakil rakyat saya berharap isu ini dapat diatasi dengan tindakan berterusan daripada penguat kuasa MDPT,” katanya kepada Metro Ahad.

 ??  ?? MUHAMMAD
Rizal Afnan menunjukka­n jari kelingking
kanannya yang patah.
MUHAMMAD Rizal Afnan menunjukka­n jari kelingking kanannya yang patah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia