Harian Metro

15 kambing ditangkap, 3 pemilik dikompaun

-

Kuala Nerang: Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) akan menggunaka­n pelali bagi menangkap haiwan ternakan yang sering berkeliara­n di atas jalan di sekitar daerah itu.

Setiausaha­nya, Zulhusni Mohamad Rashid berkata, sehingga kini sebanyak 15 ekor kambing ditangkap dan tiga pemiliknya dikenakan kompaun.

“Bagaimanap­un usaha kita untuk menangkap lembu adalah sukar berikutan haiwan itu bertindak agresif dan terlalu liar, namun kita tetap akan teruskan usaha menangkap haiwan ini kerana kejadian kemalangan berkaitan semakin membimbang­kan.

“Pihak majlis akan menggunaka­n pelali untuk menangkap haiwan yang agresif dan mengikut undang-undang kita boleh menyembeli­h atau melupuskan haiwan yang disita jika tidak dituntut dalam tempoh tujuh hari.

“Kami sudah memberi penerangan dan berjumpa dengan pemilik haiwan ternakan namun keadaan masih sama,” katanya.

Untuk rekod sehingga Julai tahun ini, sebanyak 15 kes kemalangan dengan tiga daripadany­a adalah kes kemalangan maut membabitka­n penunggang motosikal akibat terlanggar haiwan berkeliara­n di sini.

Terbaharu, pada 4 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan seorang pembantu jualan maut dipercayai digilis bas selepas terjatuh dari motosikal kerana terlanggar seekor lembu di Kilometer 7.5 Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena.

Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa, Cik Puspa Omar, 26, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan serius berikutan diseret 150 meter oleh kenderaan berkenaan.

Boleh lupus haiwan disita jika tidak dituntut dalam tempoh tujuh hari

 ??  ?? MDPT melakukan operasi menangkap kambing berkeliara­n.
MDPT melakukan operasi menangkap kambing berkeliara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia