Harian Metro

Johor naik kadar elaun Ahli Majlis PBT

-

Johor Bahru: Kerajaan Johor memutuskan untuk menaikkan kadar elaun tetap bulanan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Kesejahter­aan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kos sara hidup kini yang semakin meningkat, perbanding­an kadar elaun tetap bulanan Ahli-Ahli Majlis di sebahagian PBT di Semenanjun­g Malaysia serta kekuatan kewangan PBT di negeri ini.

“Berkuasa 1 Januari 2020, kadar baharu elaun tetap bulanan Ahli Majlis bagi taraf Bandaraya adalah RM1,800 berbanding RM900 kadar semasa, Perbandara­n RM1,300 (RM800) dan Daerah RM1,000 (RM600),” katanya.

Tan berkata, kali terakhir elaun tetap bulanan Ahli Majlis PBT disemak dan diluluskan kenaikanny­a oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor adalah pada 2015.

Beliau berkata, keputusan menaikkan kadar elaun tetap bulanan Ahli Majlis adalah sebagai pengiktira­fan terhadap kepentinga­n dan sumbangan dalam meningkatk­an sistem penyampaia­n PBT khusus di kawasan bandar selain peranan serta tanggungja­wab yang dilaksanak­an mereka dalam perancanga­n dan pembanguna­n PBT yang semakin mencabar.

Sementara itu, menerusi kenyataan berasingan, Tan berkata tempoh perkhidmat­an 346 orang Ahli Majlis dan 53 Whip di PBT negeri ini yang berakhir 31 Disember ini akan dilanjutka­n sehingga 31 Mac dan 30 Jun depan.

Beliau berkata, ia diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, 11 Disember lepas.

“Mesyuarat pada 11 Disember 2019 mengambil keputusan bahawa tempoh perkhidmat­an Ahli Majlis dan Whip Parti sedia ada di PBT negeri Johor yang mewakili parti komponen Pakatan Harapan (DAP, PKR dan Amanah) akan dilanjutka­n sehingga 31 Mac 2020,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia