Harian Metro

SENTUHAN WILL SMITH CEMERLANG

Spies In Disguise antara animasi terhebat Disney FILEM

-

FILEM: Spies In Disguise

ARAHAN: Nick Bruno, Troy Quane PELAKON: Will Smith, Tom Holland, Rashida Jones, Karen Gillan, DJ Khaled GENRE: Animasi aksi

TAYANGAN: 25 Disember 2019

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

Filem terbaharu terbitan Walt Disney, Spies In Disguise adalah karya animasi yang tak kurang hebatnya jika dibandingk­an dengan filem animasi ditayangka­n di pawagam dalam tempoh terdekat ini.

Menggunaka­n suara bintang Hollywood, Will Smith untuk watak utama iaitu Lance Sterling, Spies In Disguise mengisahka­n Lance yang bertugas sebagai penyiasat terpaksa berdepan situasi di mana dia berubah menjadi burung merpati.

Walaupun egonya tinggi melangit, dia terpaksa akur dengan situasi yang berlaku sekali gus mengharapk­an bantuan saintis muda yang juga pencipta alat berteknolo­gi bernama Walter.

Dari situ, bermulalah pengembara­an Lance bersama Walter untuk menentang kejahatan dan menyelamat­kan dunia.

Dari segi jalan cerita, ia adalah kisah menarik dan segar untuk ditonton. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, Spies In Disguise juga sesuai dijadikan bahan tontonan untuk penonton dewasa.

Sejujurnya, kemampuan Smith menghidupk­an watak Lance itu membuatkan penonton terlupa seketika bahawa ini cumalah karya animasi.

Jalan ceritanya tidak meleret-leret dan tidak membuatkan penonton terpaksa berfikir banyak kerana pengarah, Nick Bruno dan Troy Quane menggarapn­ya dengan baik sekali.

Tidak hanya menyajikan pelbagai aksi, Spies In Disguise juga sarat dengan mesej positif mengenai nilai kekeluarga­an, sedikit drama dan bagaimana untuk bekerjasam­a sebagai satu pasukan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia