Harian Metro

Ujian berat Nora

-

Baru-baru ini penyanyi popular Nora Ariffin kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan yang meninggal dunia secara mengejut ketika di rumah.

Pemergian Alif pada usia 20 tahun pasti mengejutka­n ramai pihak kerana selepas bedah siasat dilakukan mendapati tiada sebarang tanda-tanda dia mempunyai penyakit dan hanya sedikit bengkak pada jantungnya.

Difahamkan ada beberapa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan itu walaupun Nora reda akan pemergian anaknya.

Cik Pang difahamkan perkara ini terjadi kerana beberapa bulan sebelum meninggal dunia,

Alif ada melakukan pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badannya.

Justeru, ramai membuat andaian kematian Alif ada kena-mengena dengan pembedahan yang dilakukan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, Cik Pang yakin pasti ada sebab sendiri mengapa Nora tidak mahu terlalu memanjangk­an perkara ini apatah lagi sebagai ibu pastinya dia mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Begitu juga dengan Alif, pastinya pembedahan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk masa depan Alif tambahan lagi Alif mempersiap­kan diri untuk terjun ke bidang seni.

Ajal dan maut ketentuan Allah dan tidak ada sesiapa pun yang mahu orang mereka sayang dijemput Ilahi apatah lagi pada waktu yang kita sendiri rasa belum masanya.

Apa pun, takziah daripada Cik Pang buat Nora dan keluarga. Walaupun Cik Pang tahu ia adalah ujian yang sangat berat untuk diterima, apatah lagi dua tahun lalu, Nora kehilangan suami, tahun ini dia kehilangan anak pula.

Pasti ada sebab yang sudah ditetapkan oleh Allah dan setiap orang yang diberikan ujian itu Allahtahud­imanatahap kemampuan mereka untuk melaluinya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia