Harian Metro

KNIGHT BAHARU

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@ hmetro.com.my

Ditawarkan sebanyak

120 unit sahaja,

Mitsubishi Triton Knight diperkenal­kan ke pasaran tempatan oleh pengedar rasminya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), baru-baru ini.

Hadir dengan warna Putih Diamond, ia tampil dengan kemasan luaran dan dalaman baharu yang menyerlahk­an gaya serta lebih ranggi.

Antara pembaharua­n ialah bampar hadapan dengan lapisan warna kelabu, pelindung bonet, sports bar, corak eksklusif pelekat grafik baharu, pelindung tingkap sisi dan penutup but tampil agresif.

Bahagian dalaman, Triton

Knight dilengkapi plat pelapik pintu dan pelapik kaki dengan jahitan merah yang disulam perkataan ‘Knight’.

Seperti juga varian Triton Adventure X, model ini disediakan Monitor Keliling (ARM) dengan beberapa kamera diletakkan untuk fungsi pandangan ‘dari atas’ jika mahu parkir.

Menambah kelegaan, Perakam Video Pemanduan (DVR) disedia membolehka­n segala visual perjalanan dirakam.

Selain itu. skrin sesentuh multimedia bersaiz tujuh inci dengan ketersambu­ngan aplikasi Apple Carplay dan Android Auto menjadikan perjalanan lebih menarik dengan komunikasi dan muzik pilihan.

Mitsubishi Triton Knight dijual pada harga RM137,900 sama dengan harga jualan varian

Triton Adventure X dan tambahan aksesori ARM hanyalah untuk tempoh terhad.

MMM juga kini menjalanka­n program kesetiaan untuk pemilik Mitsubishi Motors yang mahu membeli varian Triton terpilih berpeluang untuk rebat sehingga RM3,000.

Tawaran juga buat pemilik trak pikap yang ingin mendapatka­n varian terpilih Triton juga layak mendapat rebat RM2,000.

Triton ditawarkan dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbodiese­l yang menjana kuasa 181 PS dan tork 430 Nm serta teknologi VVT dengan transmisi enam kelajuan automatik (AT).

 ??  ?? KNIGHT gaya ranggi.
KNIGHT gaya ranggi.
 ??  ?? PELAPIK kaki edisi
khas.
PELAPIK kaki edisi khas.
 ??  ?? KEMASAN
baharu pelindung hadapan
bonet.
KEMASAN baharu pelindung hadapan bonet.
 ??  ?? PLAT ‘scuff’ pintu.
PLAT ‘scuff’ pintu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia