Harian Metro

WANG EKSTRA TAHUN BAHARU

Shell tawar hadiah RM20,000 setiap minggu

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Bagi menyemarak­kan semangat tahun baharu 2020 yang bakal tiba tidak lama lagi, Shell Malaysia melancarka­n kempen terkini mereka iaitu ‘Nak Ekstra RM20,000?’.

Shell menyedari kos sara hidup kian meningkat melalui kajian yang menunjukka­n 86 peratus rakyat negara ini terkesan kos keperluan asas dan harga rumah yang meningkat.

Ini diikuti 76 peratus dalam bebanan hutang untuk kelangsung­an hidup dan 74 peratus yang bimbang akan kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan.

Kempen ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pengguna yang berpeluang untuk memenangi hadiah wang

RM20,000 setiap minggu.

Bermula 1 Disember lalu sehingga 9 Februari 2020, selain RM20,000 sebagai hadiah utama, Shell juga menawarkan RM1,000 buat 20 pemenang saguhati juga sebagai hadiah mingguan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, seperti mana bahan api Shell FuelSave 95 yang diformulas­i untuk jarak perjalanan lebih jauh begitu juga perumpamaa­n hadiah ini untuk menambah kemudahan mereka yang mempunyai pelbagai tujuan dalam hidup mencapai impian masing-masing.

“Sama ada untuk membiayai keperluan pembelajar­an, mengerjaka­n umrah, bayaran bil atau wang pendahulua­n kereta baharu, kami berharap ia akan memberi manfaat kepada ramai orang untuk tahun baharu bakal tiba,” katanya.

Mereka yang ingin menyertai peraduan kempen ‘Nak Ekstra RM20,000’ hanya perlu membelanja­kan minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana stesen Shell di seluruh negara.

Kemudian hantar butiran menggunaka­n borang asal dengan resit atau imbas kod QR untuk penyertaan melalui dalam talian dan usai dua langkah ini, borang pelanggan dalam proses dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Selain itu Shell juga menawarkan ‘Ekstra’ ganjaran kepada pelanggan Disember ini sehingga 9 Februari 2020 dengan kerjasama Touch ‘n Go melalui rebat RM5 melalui pembelian minimum RM40 menggunaka­n eWalletnya dan hanya untuk 300,000 transaksi awal di Shell.

Bonuslink juga dengan pelbagai rebat dan mata ganjaran tambahan ditawarkan dengan promosi berakhir pada 12 Disember lalu. #vroomHM.

Sama ada untuk membiayai keperluan pembelajar­an, mengerjaka­n umrah, bayaran bil atau wang pendahulua­n kereta baharu, kami berharap ia akan memberi manfaat kepada ramai orang untuk tahun baharu bakal tiba SHAIRAN HUZANI

 ??  ?? KEMPEN ‘Nak Ekstra RM20,000?’
KEMPEN ‘Nak Ekstra RM20,000?’
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia