Harian Metro

PENYEDIA KESIHATAN CEKAP

WHO lancar aplikasi interaktif ICOPE pertingkat khidmat penjagaan buat warga emas

- Oleh Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Semakin manusia meningkat usia, keperluan kesihatan mereka juga kian kompleks dan kronik. Tambah lagi, keadaan sistem kesihatan sedia ada yang berpecah dan kurang koordinasi menyukarka­n lagi usaha menangani keperluan berkenaan dengan lebih cekap.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarka­n pakej buku panduan dan aplikasi digital khusus untuk penyedia kesihatan dan perkhidmat­an sosial bagi menyediaka­n penjagaan lebih baik kepada warga emas.

Inovasi aplikasi digital bersifat interaktif itu dikenali sebagai WHO ‘Integrated Care for Older People (ICOPE) Handbook’ yang membekalka­n panduan bagi menangani masalah utama termasuk pergerakan terbatas, malnutrisi, kehilangan pendengara­n dan penglihata­n, penurunan kognitif, simptom kemurungan dan penjagaan sosial serta sokongan.

Aplikasi ini memudahkan latihan pekerja sosial dan kesihatan untuk memenuhi keperluan warga emas dengan lebih baik.

Pengarah Jabatan Kesihatan Ibu, Kelahiran

Baharu, Kanak-kanak, Dewasa dan Penuaan WHO, Dr Anshu Banerjee berkata, perkhidmat­an untuk warga emas adalah sangat penting disertakan bersama dalam pakej penjagaan kesihatan sejagat.

“Perlu juga koordinasi yang baik di antara penyedia kesihatan dan perkhidmat­an sosial bagi membekalka­n penjagaan yang optimum apabila diperlukan.

“Aplikasi ini menyokong penuaan sihat bersama model penjagaan yang dikoordina­si dan berpusatka­n diri,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran aplikasi itu, baru-baru ini.

Populasi tua kian meningkat dengan kadar yang cepat. Dianggarka­n seorang dalam lima penduduk akan berusia lebih 60 tahun.

Bilangan warga emas berusia lebih 80 tahun dijangka meningkat tiga kali ganda daripada 143 juta orang tahun ini kepada 426 juta pada 2050. Malah, setiap warga emas yang mempunyai kemampuan fizikal dan mental berbeza cenderung menurun dengan usia yang semakin meningkat.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Penuaan dan Penjagaan Integrasi WHO, Dr Islene Araujo de Carvalho berkata, inovasi berkenaan membolehka­n warga emas terus melakukan rutin digemari dan mencegah mereka daripada pemencilan sosial dan kebergantu­ngan penjagaan.

“Membabitka­n diri secara rapat dengan komuniti warga emas, penyertaan aktif masyarakat dan warga emas itu sendiri adalah penting untuk pelan penjagaan peribadi,” katanya.

Pakej ICOPE adalah hasil rundingan lanjutan selama dua tahun di antara pakar peneraju dan pemegang saham termasuk wakil masyarakat sivil. Agenda 2030 dan Matlamat Pembanguna­n Mampan mengenal pasti bahawa pembanguna­n hanya dapat dicapai sekiranya ia menyertaka­n masyarakat pada semua lapisan usia.

Oleh itu, memperkasa­kan warga emas dan mendorong penyertaan mereka dan kemasukan sosial dalam kesihatan yang baik adalah cara mengurangk­an ketidaksam­aan.

 ??  ?? APLIKASI bantu warga emas tangani keperluan khas mereka.
APLIKASI bantu warga emas tangani keperluan khas mereka.
 ??  ?? DR Anshu
DR Anshu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia