Harian Metro

‘JOLI KATAK’ DUIT ANAK

Ibu belanja mewah habiskan RM6.63j pampasan zuriat kurang upaya akibat nahas jalan raya

-

Seorang wanita tergamak menghabisk­an semua wang pampasan AS$1.6 juta (RM6.63 juta) anak perempuann­ya yang kurang upaya akibat nahas jalan raya, 14 tahun lalu, untuk pelbagai pembelian dan perbelanja­an mewah termasuk kereta serta membesarka­n payudara.

Apryll Sardinha dituduh mencuri wang pampasan anak perempuann­ya yang tidak dinamakan itu selepas ditahan polis El Paso pada Oktober lalu, lapor KKTV.

Menurut laporan Daily Mail, anak Apryll hilang keupayaan berkomunik­asi dan cacat mental akibat dilanggar kereta ketika berusia enam tahun pada 2005.

Anak Apryll yang kini berusia 20 tahun itu menerima pampasan AS$1.6 juta untuk membiayai kehidupann­ya pada 2010 dan hanya wanita terbabit mempunyai akses kepada wang itu.

Apryll diilaporka­n meninggalk­an anaknya seorang diri dalam rumah tanpa memasangka­n alat pemanas ketika melancong mewah ke luar negeri.

Remaja malang itu ditemui selepas seorang ahli keluarga mendapati bil elektrik tertunggak. Perbuatan Apryll kemudian terbongkar selepas polis menyiasatn­ya atas tuduhan mengabaika­n anaknya itu pada 2017.

Berdasarka­n dokumen mahkamah, Apryll menghabisk­an wang anaknya untuk membeli pelbagai barangan antaranya kenderaan utiliti sukan Land Rover, kereta Mercedes, membelanja­kan AS$18,400 (RM76,227) di pusat peranginan Cabo San Lucas

serta beberapa ribu dolar lagi di sebuah kedai arak, dan butik Victoria Secret.

Selain itu, Apryll turut membelanja­kan AS$360 (RM1,491) di sebuah pusat pembedahan plastik selain membesarka­n payudarany­a.

Pegawai penyiasat mendapati dia menggunaka­n pampasan itu untuk membayar bil perkhidmat­an televisyen satelit langganan yang mencecah hampir AS$14,000 (RM57,999) dan lebih AS$20,000 (RM82,856) lagi untuk bil elektrik.

Siasatan mendapati Apryll yang dibebaskan dengan jaminan sudah mengeluark­an semua wang pampasan dan disingkirk­an sebagai pemegang akaun bank itu tahun lalu.

Apryll turut buat pembedahan plastik membesarka­n payudarany­a

 ??  ?? THERESA
THERESA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia