Harian Metro

BERI CABARAN AWAL-AWAL!

Red Bull nekad jadi pencabar utama gelaran musim depan

-

KMarko etua permotoran Red Bull, Helmut

berkata, pasukan itu tidak lagi boleh mencipta apa-apa alasan dalam usaha muncul antara pencabar gelaran musim depan.

Red Bull gagal mencabar Mercedes secara lebih konsisten sejak era penggunaan enjin hybrid pada 2014.

Tetapi peningkata­n yang dipamerkan pasukan serta rakan kongsi enjin, Honda melonjakka­n lagi impian Max Verstappen untuk menandingi Lewis Hamilton tahun depan.

“Kami melangkah ke tahun baharu dengan lebih baik diiringi konsep

hebat. Kini kami yakin mampu untuk menghasilk­an keputusan lebih baik,” kata Marko.

Marko menambah,

Honda dan

Verstappen akan berada pada tahap tertinggi tahun depan dan pasukannya sudah mula menjalani latihan dua minggu lebih awal berbanding jadual.

Pada masa sama, beliau mengaku Red

Bull tidak boleh lagi memulakan musim dengan perlahan dan percaya kegagalan pasukannya sejak kebelakang­an ini berpunca daripada masalah berkenaan.

Musim ini, Marko menjangkak­an pasukannya akan menang lima perlumbaan, tetapi mereka hanya berjaya menjulang tiga pusingan - semuanya dilakukan oleh Verstappen iaitu di Austria, Jerman dan Brazil.

Marko berkata, keputusan itu memburukka­n imej pasukannya, tetapi percaya musim depan mereka mampu memenangi sekurangku­rangnya lima pusingan. Tahun lalu, Red Bull menjalinka­n kerjasama bersama Honda dan enjin yang dihasilkan syarikat Jepun itu sudah melakukan perubahan, tetapi belum cukup untuk menandingi Mercedes serta Ferrari.

Verstappen yang menamatkan musim 2019 di tangga ketiga di belakang Hamilton dan Valteri Bottas percaya pasukannya lebih sedia.

Katanya: “Kami berharap dapat bersaing merebut kejuaraan dunia sejak awal musim lagi.”

 ??  ?? MARKO
RED Bull mahu beri saingan bagi merebut
kejuaraan dunia sejak awal musim.
MARKO RED Bull mahu beri saingan bagi merebut kejuaraan dunia sejak awal musim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia