Harian Metro

DORTMUND TUMBANG

Gol lewat Adamyan, Kramaric julang Hoffenheim sebelum rehat panjang

- AFP

Sargis Adamyan dan Andrej Kramaric menjaringk­an gol pada lewat permainan bagi membolehka­n Hoffenheim mengejutka­n Borussia Dortmund 2-1, semalam.

Keputusan itu sekali gus menyekat hajat Dortmund untuk merapatkan diri dengan pendahulu Bundesliga, RB Leipzig.

Adamyan dan Kramaric menjaringk­an gol pada babak kedua selepas Mario Goetze yang tampil buat kali pertama selepas sebulan, memberikan kelebihan buat Dortmund di babak pertama.

Dortmund kekal di tangga keempat, empat mata di belakang Leipzig dan pasukan di tangga kedua, Borussia Moenchengl­adbach manakala Hoffenheim melonjak ke tangga keenam sebelum saingan berehat selama sebulan.

“Saya tidak akan mati hanya disebabkan kekalahan ini tetapi saya harus mengaku bahawa setiap kekalahan amat mengecewak­an,” kata pemain Dortmund, Julian Brandt.

“Apatah lagi anda beroleh banyak peluang untuk menjaringk­an gol. Ia sesuatu yang benar-benar sukar diterima,” katanya.

Ketika kapten, Marco Reus tidak boleh beraksi akibat kecederaan, jurulatih Dortmund, Lucien Favre terpaksa menurunkan Goetze.

Tuan rumah membuat empat perubahan ke atas pasukan yang menang di Union Berlin minggu lalu dan pemain Norway, Havard Nordtveit turun buat kali pertama sejak setahun lalu.

Dortmund mendahului selepas 16 minit permainan apabila Achraf Hakimi diberi ruang untuk bergerak bebas di sayap kanan.

Pemain Maghribi yang dipinjamka­n dari Real Madrid itu membuat hantaran lintang yang disudahkan Goetze walaupun pertahanan Hoffenheim, Sebastian Rudy berusaha mengeluark­an bola.

Ketika babak pertama berbaki enam minit, Thorgan Hazard gagal menambah kelebihan Dortmund apabila cubaannya diselamatk­an Oliver Baumann.

Walaupun Dortmund mendominas­i permainan dan melakukan 10 cubaan ke gawang lawan, Hoffenheim tetap berjaya menyamakan kedudukan ketika aksi berbaki 11 minit.

Manuel Akanji gagal mengeluark­an bola dari kawasan berbahaya dan pemain sayap Armenia, Adamyan mudah menyamakan kedudukan.

Kebangkita­n Hoffenheim dilengkapk­an Kramaric yang menanduk masuk gol kemenangan pada minit

ke-86.

Hoffenheim lonjak ke tangga keenam selepas benam

Dortmund

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia