Harian Metro

‘LANGGAR’ SEMUA!

Mourinho akui jiwanya kini hanya untuk Spurs, tak peduli jumpa bekas majikan

- Reuters

Pengendali Tottenham

Hotspur, Jose Mourinho berkata, soal kesetiaann­ya tidak perlu dipertikai­kan mana-mana pihak walaupun beliau akan berdepan bekas anak didiknya di Chelsea dalam aksi Liga Perdana

Inggeris tengah malam ini.

Mourinho menjulang tiga kejuaraan liga sepanjang bersama Chelsea tetapi kini beliau akan menentang bekas majikannya itu yang dibimbing bekas anak buahnya sendiri,

Frank Lampard.

Sepanjang mengendali­kan kelab Stamford Bridge itu, Mourinho menjadikan Lampard sebagai antara pemain tengah terbaik dunia. “Saya kini 100 peratus Tottenham,” kata Mourinho.

“Tidak ada ruang langsung di hati saya untuk kelab-kelab yang pernah saya bimbing sebelum ini.

“Saya memberikan segala-galanya untuk mereka semua... tetapi mereka adalah kelab-kelab terdahulu. Ia sudah menjadi sejarah. Kelab saya sekarang adalah Tottenham, jadi ia amat mudah bagi saya. Tiada kesan emosi langsung.”

Lampard mengatasi bekas mentornya itu musim lalu apabila skuad kendaliann­ya, Derby County menyingkir­kan Manchester United kendalian Mourinho dalam saingan Piala Liga.

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya (Lampard) di atas apa yang diberikann­ya sebagai pemain. Tidak ada apa yang dapat mengubah hakikat itu.

“Saya sayangkan dia tetapi saya harap dia tewas kali ini,” katanya.

Saya tidak mahu berjaya sebagai seorang klon atau apa saja

Frank Lampard

Saya memberikan segala-galanya untuk mereka semua... tetapi mereka adalah kelab-kelab terdahulu. Ia sudah menjadi sejarah. Kelab saya sekarang adalah Tottenham, jadi ia amat mudah bagi saya. Tiada kesan emosi langsung”

Jose Mourinho

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia