Harian Metro

Enggan jadi klon Mourinho

-

London: Frank Lampard menegaskan, beliau enggan meniru gaya unik Jose Mourinho ketika pengendali Chelsea itu bertekad menewaskan bekas jurulatihn­ya itu dalam aksi penting menentang Tottenham tengah malam ini.

Pertemuan pertama Liga Perdana Inggeris di antara Lampard dan Mourinho menjadi tajuk utama pertembung­an hebat yang akan menentukan pasukan London manakah yang akan menikmati Krismas dalam kelompok empat teratas.

Pengurus Spurs, Mourinho menggalas tugas penting dalam kebangkita­n Lampard sebagai antara pemain terhebat Chelsea sepanjang zaman ketika kedua-duanya berada di Stamford Bridge.

Biarpun ketokohan Mourinho dalam bidang kejurulati­han terbukti selepas menjulang sejumlah trofi sepanjang kariernya selama 19 tahun, Lampard pula baru saja mengukir namanya dalam dunia kejurulati­han.

Bekas pemain tengah England itu berada dalam musim keduanya sebagai pengurus selepas meninggalk­an kelab Liga

Kejuaraan,

Derby County untuk mengendali­kan Chelsea.

Lampard mengaku Mourinho membawa pengaruh besar terhadapny­a sebagai pemain, namun dengan tugasnya sebagai pengurus, beliau akan menentukan haluannya sendiri daripada meniru gaya pengendali Portugal itu.

Ditanya mengenai pelajaran terpenting yang diambilnya ketika bekerja di bawah Mourinho, Lampard berkata: “Tiada satu pun, beliau jelas sekali pengurus yang baik dengan banyak tanggapan yang baik.

“Namun. tiada satu perkara yang khusus yang saya belajar ketika berada dengannya, dan saya tidak mahu berjaya sebagai seorang klon atau apa saja.

“Saya gembira menentang Mourinho. Bagi saya yang pernah bermain di bawahnya, beliau membawa pengaruh besar terhadap karier saya.” - AFP

Lampard berada

dalam musim keduanya sebagai

pengurus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia