Harian Metro

MUDAH BAGI CULEY

TSC dijangka kuasai sepenuhnya TdS 2019 lepas menang 4 peringkat berturut-turut

- Oleh Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Berbaki satu peringkat, Team Sapura Cycling (TSC) dijangka menguasai sepenuhnya Tour de Selangor (TdS) 2019 yang berakhir hari ini.

Teraju utamanya, Marcus

Culey memastikan kemenangan empat peringkat berturut-turut selepas jauh meninggalk­an pencabarny­a di Sungai Besar, semalam.

Dia memenangi Peringkat 4 dari Selayang sejauh 144.6 kilometer dengan masa tiga jam 16 minit 57 saat manakala pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Christofer Jurado kedua diikuti Shotaro Watanabe dari Aisan Racing Team.

Strategi yang tepat pada peringkat terakhir dari Klang ke Shah Alam hari ini akan memastikan TSC sekali lagi berpeluang menaiki podium.

Malah, mereka sudah boleh meraikan kejayaan awal apabila Culey dilihat amat sukar untuk digugat dalam saingan jersi kuning apabila mengumpul 13.25:46s dengan Loic Desriac dari Perancis yang mewakili Bikelife Dong Nai tempat kedua dengan perbezaan hampir 10 minit.

Pelumba kelahiran Australia berusia 26 tahun berkenaan turut unggul dengan jersi pecut dan bukit manakala rakan sepasukan, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff kekal menyarung jersi putih selaku pelumba muda terbaik.

TSC turut selesa mendahului sebagai pasukan terbaik keseluruha­n apabila mengumpul 40.52:25s.

Mengenai prestasi cemerlangn­ya memenangi empat peringkat secara solo, Culey menjelaska­n, dia berlatih dengan gigih selama tiga bulan di Australia.

“Saya tidak berehat terlalu panjang pada ‘off-season’ musim lalu... mungkin empat atau lima minggu. Saya berlatih dengan gigih di Australia,” jelasnya.

Menurut Culey, dia tidak sangka akan terus menang Peringkat 4 namun peluang untuknya berbuat demikian terbuka luas dan kesempatan itu digunakan dengan sebaiknya.

TSC selesa mendahului sebagai pasukan terbaik keseluruha­n

 ??  ?? CULEY memenangi Peringkat 4 dari Selayang, manakala Jurado kedua diikuti Watanabe.
CULEY memenangi Peringkat 4 dari Selayang, manakala Jurado kedua diikuti Watanabe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia