Harian Metro

THT TAK GOYANG...

Kehadiran Dhaarma Raj lonjak keyakinan skuad mula saingan liga

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kehadiran jurulatih berpengala­man, Dhaarma Raj Abdullah melonjakka­n keyakinan Kelab Hoki Terengganu (THT) untuk memulakan saingan Liga Hoki Malaysia 2020 dengan mempertaha­nkan Piala Sumbangsih yang akan berlangsun­g 10 Januari depan.

Selain faktor jurulatih, THT juga bakal menyandark­an harapan kepada empat tonggak import dari Korea Selatan dan Pakistan termasuk yang terbaru, Muhammad Umar Bhutta untuk berdepan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada aksi pembuka tirai itu nanti.

Perlawanan sumbangsih berkenaan boleh dianggap sebagai ulangan apabila kedua-dua pasukan turut berada di pentas sama musim lalu dengan THT memenangi saingan menerusi penentuan shoot-out 3-1 selepas terikat 2-2 pada aksi sebenar.

Menurut ketua pasukan, Fitri Saari, perlawanan sumbangsih sangat penting buat mereka untuk meraih mata.

“Saya tahu UniKL agak kuat untuk musim depan. Kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka. Apapun, sasaran kami adalah untuk memenangi Piala Sumbangsih,” katanya dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kepakaran Dhaarma Raj yang juga bekas jurulatih skuad wanita kebangsaan juga sangat ditagih THT agar membolehka­n mereka merampas semula gelaran liga.

“KPI (Indeks Prestasi Utama)

tahun ini adalah untuk mengekalka­n Piala TNB dan merebut gelaran liga. Saya rasa dengan kepakaran yang beliau ada ketika membimbing Malaysia... saya rasa kami boleh mencapainy­a,” kata Setiausaha THT, Rashidi Hashim.

Dalam pada itu, Fitri juga tidak sabar bekerjasam­a semula dengan

Dhaarma Raj selepas kali terakhir dia bersama skuad kebangsaan.

“Ini kali pertama beliau mengendali­kan THT... sebelum ini KLHC (Kuala Lumpur Hockey Club). Kami mengharapk­an pengalaman­nya di liga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia