Harian Metro

Tiada pertindiha­n jadual perlawanan

-

Kuala Lumpur: Saingan Liga Hoki Malaysia untuk musim 2020 dijangka lancar tanpa sebarang pertindiha­n jadual aksi perlawanan antarabang­sa.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. “Kejohanan ini akan berakhir pada 29 Februari dan tidak akan bertembung dengan mana-mana aksi antarabang­sa. Kami susun jadual dengan baik dan akan mengadakan perlawanan satu demi satu,” katanya.

Beliau juga berharap mereka tidak berdepan dengan sebarang masalah musim depan selepas Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) menyelesai­kan mesyuarat agung tahunan (AGM), baru-baru ini.

“Kami harap dapat bekerja dengan baik bersama Datuk Seri Subahan Kamal (presiden) dan Datuk Dr S Shamala (timbalan presiden). Harapan kami adalah untuk bekerja dalam satu pasukan demi kepentinga­n sukan hoki di Malaysia tahun depan,” katanya.

Saingan Liga Hoki Malaysia akan dimulakan dengan aksi Piala Sumbangsih antara penyandang juara, Kelab Hoki Terengganu (THT) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 10 Januari.

Dalam pada itu, beliau juga memberi bayangan awal bahawa saingan liga akan dijalankan dengan sistem lebih pantas dan mengikut klasifikas­i Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH).

“Kami juga ada memberi tempoh kepada pasukan untuk menghantar nama pemain selewat-lewatnya 31 Disember ini,” katanya.

Selain THT dan UniKL, enam lagi pasukan yang akan beraksi di liga berkenaan ialah Nurinsafi/Kedah Hockey, Universiti Teknologi Mara, Tenaga Nasional Berhad, TNB Thunderbol­ts, Hockademy dan Maybank.

“Sasaran kami adalah untuk memenangi Piala Sumbangsih

Fitri

 ??  ?? PEMAIN UniKL, Ashran Hamsani (kiri) dan Fitri bersama Perisai Sumbangsih menjelang perlawanan pembukaan Liga Hoki Malaysia 2020 yang akan berlangsun­g 10 Januari
depan.
PEMAIN UniKL, Ashran Hamsani (kiri) dan Fitri bersama Perisai Sumbangsih menjelang perlawanan pembukaan Liga Hoki Malaysia 2020 yang akan berlangsun­g 10 Januari depan.
 ??  ?? THT bakal berdepan
UniKL pada aksi pembuka tirai Liga Hoki Malaysia 2020.
THT bakal berdepan UniKL pada aksi pembuka tirai Liga Hoki Malaysia 2020.
 ??  ?? DR Anil
DR Anil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia