Harian Metro

‘USAH MACAM NI BOH’

Badhri, Amiridzwan tuntut KAFA lunas tunggakan gaji segera

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Jumlah hutang yang ditanggung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bukan sedikit apabila tunggakan gaji membabitka­n hanya dua bekas pemain negeri itu mencecah hampir RM400,000.

Perkara itu didedahkan dua pemain terbabit, Badhri Radzi atau ‘Piya’ dan Amiridzwan Taj Tajuddin dengan KAFA masih lagi mengambil sikap berdiam diri tanpa mengadakan sebarang rundingan untuk membayar gaji mereka sejak setahun lalu.

Situasi itu diburukkan lagi apabila kes berkenaan yang sudah dibawa ke Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak empat bulan lalu, masih tidak ada keputusan.

Piya berkata, sehingga kini tunggakan gajinya berjumlah RM180,000 belum lagi mendapat sebarang maklum balas walaupun perkara terbabit sudah berlarutan lebih dua tahun.

Dia yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, ketika pemain lain menarik nafas lega menerima pembayaran tunggakan gaji, dia pula tidak ubah seperti peminta sedekah namun setiap permintaan­nya tidak dilayan.

“Ada baiknya pendedahan bekas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat itu. Ia mungkin membuka mata semua pihak bahawa kami sebenarnya tidak menerima sebarang bayaran lagi walaupun kami dengar mereka sudah mendapat penaja baharu.

“Janganlah buat kami seperti ini dan ingatlah bekas pemain turut pernah menyumbang bakti kepada pasukan. Kami tiada niat untuk memburukka­n nama pasukan namun hutang tetap kena bayar dan selama mana kami perlu tunggu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Semalam, Arena Metro melaporkan, KAFA masih gagal melunaskan tuntutan tunggakan gaji Khairul Fahmi berjumlah RM143,000.

Ia bermakna, KAFA perlu bersedia berdepan sebarang kemungkina­n termasuk dikenakan tindakan FAM apabila Khairul Fahmi memanjangk­an perkara berkenaan kepada badan induk terbabit untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Amiridzwan Taj ketika dihubungi turut mengesahka­n dia berdepan tunggakan berjumlah lebih RM200,000 yang masih belum dilunaskan KAFA walaupun sudah membuat tuntutan lebih setahun lalu.

“Saya ada mendengar KAFA mendapat banyak penajaan namun sedikit pun tidak mahu membuat pembayaran gaji saya.

“Mereka membuat pembelian pemain baharu untuk menguatkan pasukan sekali gus membuktika­n KAFA mempunyai sumber kewangan untuk menyelesai­kan hutang.

“Saya tidaklah kejam untuk meminta KAFA menyelesai­kan semua tunggakan gaji namun boleh mengadakan perbincang­an bagi mencari kaedah terbaik baik membuat pembayaran secara ansuran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia