Harian Metro

Pandai bahasa Jepun lagi bagus: Hadi

- Sukanteam@nstp.com.my

Gambang: Jika mempunyai kemahiran dan kemampuan tinggi, belum tentu pemain luar di Liga Jepun mampu bersaing.

Asasnya ialah bahasa. Jika gagal menguasai bahasa Jepun, pasti sukar buat mana-mana pemain untuk menyerlah sekali gus menjadi antara penghalang utama untuk bersinar atau bersaing dengan rakan sepasukan.

Perkara terbabit diakui pemain paling muda Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak apabila sepanjang tahun pertama di negara Matahari Terbit itu, dia mengharung­i episod mencabar dengan perlu menguasai bahasa tempatan bagi memudahkan­nya berkomunik­asi bersama rakan sepasukan

atau barisan kejurulati­han.

Hadi berkata, individu yang mahu beraksi di liga Jepun terutama pemain muda perlu komited dalam menguasai bahasa dan budaya negara terbabit yang menjadi tunjang dalam membantu meningkatk­an prestasi pemain.

“Bola sepak memang mudah difahami dengan apa bahasa sekalipun tetapi kita tahu mereka lebih suka berbahasa Jepun. Jadi di sini saya perlu menguasai bahasa mereka.

“Mulanya memang sukar khususnya pada tahun pertama tetapi sekarang saya tahu dan lebih memahami apa yang jurulatih mahukan.

“Tiada yang mustahil dan saya akan bekerja keras mendapatka­n tempat dalam skuad utama. Bermain di sana tidak mudah kerana kita tahu saingan dengan pemain Jepun sememangny­a sengit,” katanya.

Sebagai rekod, Hadi banyak dibantu Yakult Malaysia yang memberikan kelas bahasa Jepun kepada pemain itu terutama ketika dia diketepika­n selama dua bulan susulan kecederaan.

Selain itu, mengenai persiapann­ya untuk mengharung­i musim baharu, Hadi menjelaska­n dia tetap menjalani latihan di sini sekalipun hanya akan pulang ke Okayama beberapa minggu lagi.

“Saya tidak boleh ‘cuti’ sangat dan sekarang saya melakukan latihan sendiri bagi memastikan tahap kecergasan sentiasa berada di kedudukan terbaik.

“Ini juga untuk memudahkan saya apabila kembali ke sana dan tidak bergelut untuk menyertai sesi latihan nanti,” katanya.

Janganlah buat kami seperti ini dan ingatlah bekas pemain turut pernah menyumbang bakti kepada pasukan”

Badhri Radzi

Saya mahu memberi sasaran lebih tinggi untuk musim depan

David Rowley

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia