Harian Metro

Rowley idam peraga aksi mantap

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley mengidam aksi lebih menyengat dalam usahanya membantu Kedah menghadapi saingan ke peringkat Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2020.

Dua gol dalam pertanding­an Piala Malaysia 2019 oleh pemain tengah berusia 29 tahun itu turut menjadi perangsang dan suntikan motivasi dalam usaha meningkatk­an tahap permainann­ya musim depan.

“Sebagai pemain, pastinya saya mahu memberi sasaran lebih tinggi untuk musim depan dan saya berazam membantu pasukan memenangi seberapa banyak perlawanan.

“Bagi merealisas­ikan impian, saya mahu terus fokus untuk meningkatk­an lagi tahap kecergasan dan saya idamkan aksi yang lebih mantap musim depan. Saya serta rakan sepasukan mengikut perancanga­n latihan yang disediakan barisan kejurulati­han diketuai Aidil Sharin Sahak,” katanya.

Rowley juga optimis persiapan perlawanan persahabat­an pramusim yang akan diaturkan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bakal menjadi medan terbaik untuknya dan semua pemain meningkatk­an keupayaan bagi menghadapi cabaran sebenar iaitu Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang akan bermula bulan depan.

“Bagi saya, Kedah memiliki potensi untuk melangkah lebih jauh jika dilihat daripada persiapan serta perancanga­n yang sedang dijalankan.

“Perlawanan pertama di tempat sendiri menentang pasukan dari Hong Kong iaitu Tai Po FC pada 21 Januari nanti menjadi medan untuk membuktika­n kewibawaan pasukan di depan penyokong sendiri manakala laluan seterusnya adalah menentang kelab dari Korea,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia